Hiburan

‘Mana Keluarga Dia Nak Letak Muka’-Ini Kata2 Rani Kulup Kepada Wanita Didakwa Hina Islam

KUALA KANGSAR: Tindakan seorang wanita yang didakwa menghina Islam dengan ‘membuka baju’ dan menyebut dirinya berasal dari Kuala Kangsar disifatkan telah mencemarkan nama Bandar Diraja Negeri Perak itu.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata insiden video wanita itu yang tular ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidiladha juga dilihat satu tindakan menghina agama.

“Dia pun sebut dia orang Kuala Kangsar. Mana dia dan keluarga dia nak letak muka? Kalau saya, saya tak akan balik ke sini lagi ke 40 tahun kerana malu (akan tindakan itu).

“(Malah tindakan wanita itu) bukan sahaja mencemarkan, malah seolah-olah telah memburukkan nama Kuala Kangsar. Sedangkan bandar ini sangat baik. Kena pula dengan perkara mungkar seperti itu (amat mengecewakan),” katanya.

Abdul Rani berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada Isnin.

Beliau yang dikenali sebagai ‘ Ayahanda Rani Kulup’ berkata sebanyak 10 badan bukan kerajaan (NGO) telah tampil membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas kepada kepada wanita berkenaan.

NGO yang tampil termasuk MJMM, Persatuan Santuni Warga Kuala Kangsar, Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) serta Pertubuhan Kipidap.

Selain menyerahkan kepada tindakan pihak berkuasa, Abdul Rani juga meminta semua pihak untuk tidak cuba menghina apa-apa agama yang di negara ini khususnya agama Islam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Santuni Warga Kuala Kangsar, Mohd Salehuddin Ab Halim turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan wanita itu.

“Dia juga telah menyebut nama Kuala Kangsar itu. Sedangkan Kuala Kangsar ini seperti sedia maklum, adalah Bandar Diraja. Jadi ia satu tamparan hebatlah (buruk) untuk kami warga Kuala Kangsar.

“Dan kami terpanggil untuk buat laporan polis ini bagi menyatakan yang tindakan itu, kami sangat tidak setuju, selain ia sangat memalukan orang Kuala Kangsar,” katanya lagi.

Abdul Rani (tiga, kiri) ditemui media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada Isnin. – Foto Astro AWANI

Dalam pada itu, Mufti Perlis juga melahirkan kebimbangan yang sama

“Jika anda tidak mahu mengamalkan atau percaya kepada ajaran Islam, itu antara anda dengan Allah. Namun, jika anda mencabar dan menghina Islam secara terbuka, itu bererti anda mencabar masyarakat muslim. Maka, jangan hairan jika ada yang menyahut cabaran anda dan mengajar anda bagaimana cara untuk hidup beradab dalam masyarakat majoriti muslim.” tulis dr MAZA di halaman facebooknya

Baru-baru ini tular satu video memaparkan wanita yang mendakwa berasal dari Kuala Kangsar, membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, yang didakwa menghina Islam.

Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Semalam media melaporkan wanita itu telah ditahan pihak polis pada Sabtu dan direman selama tiga hari bermula Ahad.

kredit:astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published.