Uncategorized

Misteri Kehilangan Ameera khan, Neelofa Beritahu Kemana Adik Dia Pergi

Usahawan, Noor Neelofa berkongsi perkembangan terkini adiknya, Ameera Khan yang bertindak memadam semua foto di Instagram miliknya sejak beberapa bulan lalu.

Ujar Neelofa, Ameera sedang berehat untuk memberi masa buat dirinya mencari haluan diri.

Dia ada cakap nak berehat sekejap. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara, dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia.

Dia macam hanyut dalam gelombang tu. Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik yang mana okay, mana yang tak.

Dia pula baru dalam proses nak belajar agama dan ada yang bercanggah, so dia nak bertenang dan ‘take a step back’.

Menurut Neelofa, ini bukan kali pertama Ameera ‘hilang’ dari media sosial. Tambahnya, sebelum ini Ameera pernah melakukan tindakan yang sama.

Pada masa yang sama, Neelofa berpendapat segala perhatian yang diperolehi adiknya sejak belasan tahun menjadi antara faktor Ameera ‘hilang’ punca.

Sebagai kakak, saya lihat dia sedang membesar. Dia membesar tu pula berbeza masa zaman saya.

Umur dia 22 tahun, dia dapat limelight awal lagi daripada saya. Umur belas-belas lagi dah jadi perhatian ramai.

Dia tak sempat nak tengok balik apa yang kurang dalam hidup, benda apa yang kena baiki dan itulah punca dia nak rehat sebentar.

Dia nak kenal diri sendiri. Dia ada juga tanya dekat saya soal aurat, agama dan hukum kepada saya. Benda yang saya tahu, saya akan kongsi.

Neelofa turut memberitahu adiknya ada menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang fesyen.

Biodata Ameera Khan

1. Pemilik nama sebenar Nur Ameera Khan.

2. Dikenali sebagai Ameera Khan dan Little Miss Khan.

3. Berusia 18 tahun.

4. Adik tiri kepada pengacara dan pelakon Neelofa.

5. Instafamous dengan jumlah pengikut Instagram yang mencecah sejuta! Dirinya mendapat perhatian umum kerana penampilan, alat solek dan fesyen yang digayakan.

6. Juga bergelar usahawan kosmetik dengan lahirnya produk keluarannya, LMK Cosmetics sejak 8 Mei 2018, meskipun secara peribadi mengakui tidak gemar bersolek.

7. Turut melibatkan diri sebagai vlogger YouTube menggunakan saluran dinamakan ‘Little Miss Khan’ sejak tahun 2015 dengan sudah diikuti seramai 18,000 pengikut.

8. Menyimpan impian untuk bergelar pengacara rancangan hiburan walaupun menyedari penguasaan bahasa Melayunya perlu diasah kerana kurang fasih.

Fakta Menarik

1. Pernah tampil dengan imej berhijab.

2. Sikapnya yang lantang bersuara di laman sosial sering menjadi bahan sensasi media.

3. Mendapat jolokan nama ‘The Next Kardashians’ kerana gaya hidupnya yang dikatakan persis ahli keluarga selebriti popular Hollywood, Kardashians iaitu Kylie Jenner.

4. Menggunakan dialek Kelantan dan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian.

5. Laman Instagramnya didaftarkan secara senyap-senyap oleh Neelofa seawal usia 13 tahun. Hanya dalam satu hari akaun itu terus mengumpul 20,000 pengikut!

6. Pernah tular di Snapchat gara-gara membeli 161 batang gincu!

7. Pembabitannya dalam dunia perniagaan mendapat sokongan kuat ibunya. Tidak ramai yang tahu sebelum terbitnya jenama Naelofar Hijab, ibunya terlebih dahulu menjual tudung di rumah dengan ketika itu turut dibantu oleh Ameera yang masih kecil.

8. Dipasarkan dengan harga berpatutan, LMK Cosmetics yang diinspirasikan daripada personaliti media, Kylie Jenner bakal menyajikan beberapa koleksi baharu bagi menampung permintaan pengguna pada pertengahan dan hujung tahun ini.

9. Bakal terjun ke bidang pengacaraan, beliau mengimpikan rancangan majalah seperti Nona dan program hiburan umpama MeleTOP untuk dikemudikan.

Sumber: Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.