Hiburan

Pak Nil Berani Tanya Depan2 Siapa Ira Kazar, Netizen Kecewa Bila Tengok Reaksi Syamsul Yusof

Di sebalik kejayaan Mat Kilau, pengarah filem tersebut Syamsul Yusof terpalit dengan kontroversi rumah tangganya apabila didakwa berantakan gara-gara kehadiran orang ketiga.

Terbaru, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof itu hadir dalam program bual bicara Hard to Heart yang dihoskan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi atau Paknil.

Antara sedutan tular di media sosial adalah memaparkan pengarah berusia 38 tahun itu diajukan soalan mengenai kewujudan orang ketiga berkenaan yang dikenali sebagai Ira Kazar.

“Siapa Ira Kazar tu, terhadap awak?,” soal Aznil kepada anak penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam itu.

Set program menjadi senyap untuk beberapa saat, sebelum Syamsul dengan tenang menunjukkan isyarat ‘mengunci mulut’ seolah-olah tidak mahu mengulas lanjut berhubung wanita terbabit yang juga anak pelakon veteran, Kazar Saisi.

Video sedutan itu dikongsi oleh akaun Instagram @jabatannetizennegara20 sehingga menerima hampir 45,000 tontonan selain ratusan komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata seperti kecewa dengan tindakan Syamsul yang memilih untuk berdiam diri sedangkan isterinya, Puteri Sarah Liyana berjuang mempertahankan maruah diri dan menyelamatkan rumah tangganya.

Malah, ramai meluahkan rasa simpati terhadap apa dilalui Puteri Sarah yang juga seorang pelakon kerana mampu bersabar walaupun diganggu secara emosi dan mental selama empat tahun.

Sedihnya Ya Allah

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan undang-undang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap orang ketiga terbabit.

Mahkamah arah Ira Kazar masukkan pernyataan pembelaan

Wanita yang didakwa kekasih kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar diarah memasukkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan saman dikemukakan Puteri Sarah Liyana dalam tempoh sebulan, mulai hari ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, di sini hari ini.

“Mahkamah mengarahkan pihak defendan (Ira) masukkan penyataan pembelaan dalam tuntutan saman dalam tempoh sebulan.

“Jika perlu, plaintif akan menjawabnya. Jika tidak, mahkamah akan menetapkan tarikh bicara,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Akberdin berkata, mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes seterusnya.

Dalam pada itu, Akberdin memberitahu, mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi. Ia termasuklah defendan diperintah berhenti mengeluar, menyebar dan menghantar kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi dikekalkan mahkamah,” kata Akberdin.

Sebelum ini, plaintif mendapatkan perintah interim injuksi berkenaan. Permohonan dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan diterimanya.

Peguam mewakili Puteri Sarah, Akberdin bercakap kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – NSTP/Asyraf Hamzah
Sementara itu, mengulas sama ada kes saman berkemungkinan diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak, Akberdin berkata, setakat ini belum ke arah itu lagi.

“Sekiranya ada inisiatif untuk selesaikan dengan cara baik, kita tengok dahulu. Bukan meninggi diri, asalkan tawaran logik, kita mungkin mempertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” kata Akberdin.

Selain Akberdin, turut hadir, peguam, Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abd Latiff.

Namun, Puteri Sarah dan Ira tidak hadir dan diwakili peguam masing-masing.

Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan, sebelum atau pada 4 Ogos depan.

“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif.

“Hari ini, mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” kata Ammar.

Terdahulu, Puteri Sarah, 37, memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul pada 30 Jun lalu.

Puteri Sarah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul pada 30 Jun lalu.

Kepada anda yang tertanya-tanya siapakan beliau, berikut kami kongsikan biodata ringkas dan imej terkini.

Biodata Ira Kazar

Nama Penuh: Faghirah Fatini Binti Kazaruddin

Nama Komersial: Ira Kaza

Umur: 27 tahun (2022)

Asal: Kampar, Perak

Ibubapa: Kazaruddin Saisi / Kazar (bapa), Rashidah Latiff (ibu)
Adik-Beradik: Anak ke-4 dari 5 beradik. (Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, Faghirah Fatini dan Adam Amirul Latiff)

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Warganegara: Malaysia

Instagram: @irakaza

Twitter: @IraKaza

Koleksi imej terkini

Sebelum ini, kisah rumah tangga Puteri Sarah itu didakwa dilanda badai sehingga mereka sudah lama tidak tinggal sebumbung.

Malah, Puteri Sarah juga mendakwa suaminya itu tahu punca hubungan mereka dingin.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.