Hiburan

Peluk Pelayan, MB Terengganu Mula Bersuara. Bagi Tips Tarik Pelanggan

Marang: “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita tidak mahu berlaku lagi dalam masyarakat,” kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau mengulas perlakuan tidak bermoral antara pelanggan dan pekerja sebuah kedai makan di Terengganu yang mencemarkan nilai Islam, malah video tidak senonoh itu turut tular di media sosial minggu lalu.

Katanya, beliau kesal dengan kejadian itu yang turut menjejaskan imej Terengganu dan menegaskan ia tidak sepatutnya berlaku sama ada membabitkan pekerja di premis, mahupun kalangan pelanggan.

‘Teroka cara bermoral, berakhlak untuk tarik pelanggan’ – MB Terengganu

Perlulah teroka cara menggunakan media sosial, cara yang bermoral dan berakhlak untuk menarik orang, bukannya dengan cara tidak bermoral seperti itu,” kata Ahmad Samsuri.

Menurutnya, semua pihak sepatutnya menjaga tingkah laku masing-masing khususnya sebagai umat Islam.

“Bukan di kedai Itu sahaja tetapi di semua premis-premis, (saya harap) supaya tidak lagi berulang perkara-perkara tidak bermoral ini,” katanya ketika ditemui pada Program Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Perkarangan Surau Pengkalan, Kampung Setar Kanan di sini, semalam.

Ahmad Samsuri berkata, aktiviti yang tidak bermoral dan berpakaian tidak senonoh sangat dipandang serius pihaknya, malah beliau berharap semua lapisan masyarakat lebih peka dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada perlakuan yang mencemarkan imej negeri serta agama.

“Kita semua ada peranan masing-masing dan konsep ‘amar makruf nahi mungkar’ perlulah ditegakkan dalam kalangan semua rakyat, bukan tugas penguat kuasa atau kerajaan semata-mata. Jadi sama-sama ambil peranan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan tular di media sosial sebuah video yang memperlihatkan dua pelanggan tanpa segan silu bergambar serta berpelukan dengan pekerja wanita di sebuah kedai makan di Setiu

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.