Hiburan

Raffa Affar menyanyi lagu ‘Tiara’, Vokalis Kris Tampil Bersuara

VOKALIS kumpulan Kris iaitu Alim enggan mengulas lanjut mengenai cara nyanyian penyanyi muda dari seberang, Raffa Affar yang dikatakan sumbang ketika membawakan lagu Tiara secara langsung, baru-baru ini.

Kata Alim, 51, dia tidak kisah lagu tersebut dinyanyikan semula dan memandang daripada sudut positif kerana sedikit sebanyak membuatkan lagu yang sudah berusia 30 tahun itu kembali menjadi siulan ramai.

“Minta maaf saya cakap sebab tidak pernah dengar macam mana dia menyanyi.
“Tapi cara nyanyianya yang membuatkan orang marah atau sebagainya, saya tiada nak komen. Lagi pun pencipta lagu itu iaitu Datuk M.Nasir sendiri tidak kata apa tentang perkara ini.

“Saya okay saja kalau siapa nak nyanyi sebab ia satu perkara yang baik untuk saya juga bila lagu ini kembali tular,” katanya pada mStar.

Sifu M Nasir Turut Komen

IPOH: “Itu pendapat peribadi (kritikan netizen)… awak nak marah atau tidak, tapi ia berlaku dalam industri sejak dulu lagi.”

Demikian ulasan daripada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir berhubung isu lagu Tiara yang diolah dan dinyanyikan semula oleh penyanyi dari Indonesia, Raffa Affar, sehingga menerima kecaman hebat netizen.

M Nasir yang juga pencipta sepenuhnya lagu tersebut menegaskan beliau tidak memandang perkara itu dari sudut negatif.

“Tiada masalah (nyanyikan semula lagu-lagu penyanyi Malaysia), sebab kita (penyanyi Malaysia) pun ada buat begitu.

“Trend sekarang, zaman media sosial berbeza sedikit penerimaannya dan lain halwa telinga,” katanya yang popular menerusi lagu-lagu seperti Mustika, Keroncong Untuk Ana dan Tanya Sama Itu Hud Hud.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara MBI bersama MACP, di Bangunan MBI, di sini pada Selasa.

Ditanya sama ada perubahan susunan muzik lagu itu sedikit sebanyak merosakkan lagu berkenaan, M Nasir ada pendapat tersendiri.

“Itu ya, sedikitlah (r0sakkan lagu) tapi ia tetap akan berlaku, kita tidak boleh kawal perkara itu.
“Kita kalau hendak buat sesuatu (untuk kawal) memang boleh tapi saya fikir dalam keadaan sekarang tidak perlulah,” katanya lagi.


Terdahulu media melaporkan, nyanyian semula sebuah lagu balada rock malar segar, Tiara, dendangan asal kumpulan era 1980-an, Kris kini menjadi perdebatan peminat dalam laman sosial.

Semua itu susulan cara dendangan seorang penyanyi popular dari Indonesia, Raffa Affar yang dikatakan telah merosakkan melodi dan keaslian lagu berkenaan.

Menerusi satu klip video dari seberang yang tular ketika ini, menyaksikan penyanyi yang pernah mencipta fenomena dengan lagu tular, Cinta Sampai Mati itu menyanyikan kembali lagu Tiara dalam sebuah program hiburan rancangan siaran langsung.

Orang ramai terutamanya peminat dari Malaysia menganggap penyanyi muda itu tidak layak untuk menyanyikan kembali lagu berstatus ‘legenda’ ciptaan Datuk M Nasir itu

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.