Hiburan

Sarah Hildebrand Sahut Seruan Tentera Udara AS, Ramai Tanya Perasaan Dia Jika Terpaksa Berdepan Dgn Tentera Musvh Org Islam

Pelakon Sarah Hilderbrand memaklumkan dirinya terpilih menjadi salah seorang kadet tentera udara Amerika Syarikat (AS).

Menerusi Instagram, wanita berdarah campuran AS, Jerman dan Melayu itu berkongsi secara rasmi yang dia telah menyertai tentera udara dan seperti bersedia untuk mula berkhidmat dalam pasukan beruniform berkenaan.

Sarah atau Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, turut berkongsi beberapa gambar dan video selain kapsyen pendek yang menyatakan segalanya tidak mustahil dan luahan kesyukuran atas pencapaiannya itu.

“Tiada apa yang mustahil (Anything is possible).

“Saya sungguh bersyukur dan gembira dengan kejayaan ini (So grateful for so much),” tulisnya.

Turut dikongsikan keputusan ujian Armed Services Vocational Aptitude Battery (ASVAB) yang diperolehi.

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat di atas keputusan yang diambil Sarah untuk terjun ke bidang ketenteraan.

Pelakon dan pengacara kelahiran Kuala Lumpur itu mengumumkan sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air sekitar April lalu.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon mahupun pengacaraan.

Sarah tampil menjawab beberapa soalan pengikut IG beliau

Adakah anda di benarkan amal ajaran Islam ketika dalam kem tentera?

Mereka benarkan, Dalam rekod memang menunjukkan yang saya seorang Muslim, dan mereka menghormatinya

Macam mana perasaan anda jika terpaksa berdepan dengan tentera musuh orang Islam? Teruja?

Saya terujua dengan pencapaian saya sebagai individu. Allah yang aturkan semua. Ramai jea orang Islam dalam pasuka tentera US

Kita hanya berserah kepada Allah. Saya tidak akan persoalkan kentetuan Allah untuk saya. Dia sebaik-baik perancang

Biodata

Nama penuh: Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand

Nama popular: Sarah Hildebrand

Tarikh lahir: 18 Ogos 1990

Umur: 28 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengacara, personaliti fesyen, model dan duta

Media sosial: Instagram @sarahhildebrand

Fakta Menarik

1. Berdarah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu.

2. Berketinggian 5 kaki 4 inci.

3. Anak kepada pasangan Jeffrey L. Hildebrand (bapa) dan Che Arbi Hashim (ibu).

4. Pernah tinggal di Arkansas, Amerika Syarikat (AS) bersama bapanya selama tiga tahun.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

6. Memiliki wajah pan-Asia.

7. Dikatakan mempunyai raut wajah iras aktres Hollywood, Kirsten Dunst.

8. Pemenang program realiti Gadis M2 yang berlangsung pada tahun 2013.

9. Tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

10. Kerjayanya bermula pada tahun 2015 yang awalnya hanya menjayakan watak-watak kecil di televisyen mahupun filem.

11. Lakonan pertamanya menerusi telefilem Hujan Pagi, membawakan peranan sebagai Ati. Diikuti telefilem Jalan Singkat Ke Syurga dan Dia Imamku.

12. Tidak ketinggalan tampil dalam drama Suami Tanpa Cinta, Nafas dan Pujaan Hati Kanda.

13. Pembabitan dalam filem menerusi Mirip dan Muluk & Konco.

14. Turut menjayakan video muzik lagu Hujung Waktu (Azhael) dan Rindu (Shae), serta muncul dalam iklan Perfecto Snacks dan Nouvelles Visages.

15. Penampilannya dalam majalah, antaranya di InTrend, EH! dan Hijabista.

16. Pernah meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak menganggap dirinya tidak boleh pergi jauh dalam industri hanya kerana memiliki nama yang kononnya pelik dan sukar disebut.

17. Di awal kemunculan, Sarah mengakui mempunyai kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu kerana tinggal dalam tempoh yang lama di Amerika Syarikat.

Terdahulu, Sarah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara AS bernama Otto Gillen pada 3 November 2019.

ig: Sarah Hilderbrand

Leave a Reply

Your email address will not be published.