Hiburan

“Saya cuma pakai baju ketat, kalau ramai pelanggan lelaki miang takkan salah kami?”

ANTARA kenyataan terbaharu daripada kedai air buah D’flora adalah mereka cuma angsa keadaan dan Darlene Adrienne kononnya seperti tampil memakai jubah pula ketika bekerja.

Teringat tagline yang hampir serupa pada suatu ketika dahulu di mana ada majalah yang suka mengambil gambar artis wanita di tepi kolam siap berlurah dan sebagainya.

Namun kapsyen yang keluar tercetak pada ruangan majalah itu memberikan konotasi, “Saya tak suka s3ksi” biar pun banyak pose yang dibelanjakan semuanya menggh4irahkan.

Jadi apakah selepas ini majikan atau Darlene Adrienne akan membuat kenyataan, “Saya cuma pakai baju ketat namun kalau ramai pelanggan lelaki mi4ng takkan salah kami?”

Bayangkan sahaja kalau Darlene Adrienne ini seseorang wanita nusantara yang memakai pakaian longgar yang tidak menampakkan bentuk tubuh yang mengiurkan.

Rasanya lelaki akan masih tetap hormat dan jika ada timbul kata-kata, “Eleh.. ada orang pakai jubah dengan niqab pun mi4ng juga”, itu cerita lainlah.

Sebab mi4ng dia pun dengan lelaki jahan4m yang berjaya membuatkan mereka termakan dengan mungkin pujuk rayu atau janji-janji manis untuk memperdayakan wanita.

Tetapi bagi Darlene Adrienne, gambar yang sengaja memakai baju ketat dan turut menjual produk membesarkan p4yu dara dalam masa sama, takkan ini pun mngsa keadaan juga?

Sendiri mengundang, jangan salah lelaki mi4ng kerana mata lalat tetap takkan pandang bunga itu indah. Bagi mata lalat, sampah adalah sebaik-baik kejadian untuk dihurungi.

Dalam masa sama, bukannya satu Malaysia tidak tahu negeri Terengganu mempunyai garis panduan mengenai pemakaian dan masalah ketat, singkat serta seksi ini telah lama dibahaskan.

Pastinya JHAET ada penguatkuasa wanita yang boleh turun padang bagi menyelesaikan masalah sesama jantina ini dan cukup-cukuplah membuat tindakan yang menambahkan lompong.

‘Teroka cara bermoral, berakhlak untuk tarik pelanggan’ – MB Terengganu

Marang: “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita tidak mahu berlaku lagi dalam masyarakat,” kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau mengulas perlakuan tidak bermoral antara pelanggan dan pekerja sebuah kedai makan di Terengganu yang mencemarkan nilai Islam, malah video tidak senonoh itu turut tular di media sosial minggu lalu.

Katanya, beliau kesal dengan kejadian itu yang turut menjejaskan imej Terengganu dan menegaskan ia tidak sepatutnya berlaku sama ada membabitkan pekerja di premis, mahupun kalangan pelanggan.

Perlulah teroka cara menggunakan media sosial, cara yang bermoral dan berakhlak untuk menarik orang, bukannya dengan cara tidak bermoral seperti itu,” kata Ahmad Samsuri.

Menurutnya, semua pihak sepatutnya menjaga tingkah laku masing-masing khususnya sebagai umat Islam.

“Bukan di kedai Itu sahaja tetapi di semua premis-premis, (saya harap) supaya tidak lagi berulang perkara-perkara tidak bermoral ini,” katanya ketika ditemui pada Program Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Perkarangan Surau Pengkalan, Kampung Setar Kanan di sini, semalam.

Ahmad Samsuri berkata, aktiviti yang tidak bermoral dan berpakaian tidak senonoh sangat dipandang serius pihaknya, malah beliau berharap semua lapisan masyarakat lebih peka dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada perlakuan yang mencemarkan imej negeri serta agama.

“Kita semua ada peranan masing-masing dan konsep ‘amar makruf nahi mungkar’ perlulah ditegakkan dalam kalangan semua rakyat, bukan tugas penguat kuasa atau kerajaan semata-mata. Jadi sama-sama ambil peranan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan tular di media sosial sebuah video yang memperlihatkan dua pelanggan tanpa segan silu bergambar serta berpelukan dengan pekerja wanita di sebuah kedai makan di Setiu

KREDIT: https://suaramerdeka.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.