Uncategorized

“Saya pernah kena marah sampai rasa tertekan”– Meerqeen Gugup Datang Set Sebab Pelakon Senior

Sejak akhir-akhir ini, teguran artis senior terhadap pendatang baru kembali hangat diperkatakan apabila ada di antara muka baru yang kurang memberikan fokus di set, hingga tidak mampu mendalami watak dengan baik.

Bagi pelakon meningkat naik, Meerqeen, dia merasakan para pelakon yang masih ‘hijau’ sepertinya harus bijak menggunakan kesempatan yang ada untuk menimba ilmu bersama mereka yang lebih berpengalaman.

“Segalanya berbalik kepada diri kita sendiri. Sebagai pendatang baru, kita kena tahu untuk membawa diri. Kita kena pandai bezakan sikap sewaktu di dalam dan luar set pengambaran.

“Saya juga tak boleh nak menafikan kerana apa yang mereka cakap itu ada betulnya juga. Pada masa sama, saya juga berasa sedikit kecewa kerana saya turut terkena tempiasnya.

“Sebagai artis baru yang kurang pengalaman, sebaiknya kita harus menggunakan kesempatan yang ada untuk duduk mengadap dan bertanya kepada artis-artis senior mengenai industri kita.

“Dari situ, kita juga boleh membuka minda untuk tahu tentang perkara yang patut dan tidak patut untuk dilakukan,” tulisnya.

Pelakon drama, Angkara Cinta itu berkata sedemikian dalam satu temu ramah bersama MH pada Isnin.

Dalam pada itu, Meerqeen turut berharap agar para pelakon baru diberikan lebih banyak peluang untuk membuktikan kemampuan mereka yang sebenar.

“Dalam industri ini, kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa sahaja. Saya juga memang mempraktikkan perkara-perkara seperti ini. Saya akan bertanya apa sahaja kepada mereka. Saya tiada masalah untuk bertanya.

“Bagaimanapun, saya rasa artis baru patut diberi peluang untuk menonjolkan bakat mereka. Jangan menilai semua orang itu sama. Sikap orang lain-lain.

“Secara jujurnya memang susah untuk saya biasakan diri pada awalnya. Saya merupakan artis yang sangat baru digandingkan pula dengan artis-artis berbakat besar seperti Syazwan Zulkifli, Normah Damanhuri dan Datin Nina Jurin.

“Saya rasa sangat kerdil ketika bertemu dengan mereka buat pertama kalinya. Pada ketika itu, saya merasakan saya harus buat sesuatu untuk bina persefahaman dengan mereka,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 ini turut mendedahkan dirinya pernah mengalami tekanan gara-gara ditegur oleh pelakon-pelakonsenior sehinggakan dia berasa takut untuk datang ke lokasi pengambaran.

“Saya tidak nafikan mereka memang tegas pada mulanya. Kalau mereka tak garang, saya tak tahulah macam mana sikap saya sekarang. Seperti semua orang tahu, saya periang orangnya tapi bila artis senior marah saya, baru saya sedar akan kesilapan saya.

“Saya pernah kena marah sampai rasa tertekan. Dua minggu saya rasa tak nak datang set sebab saya takut. Macam saya katakan tadi, ini antara perkara yang akan mendewasakan kita.

“Pada awalnya saya tak boleh terima apa yang mereka katakan kepada saya. Jadi, saya terpaksa mengambil masa untuk muhasabah diri, bermula dari situlah turning point saya untuk terima jalan yang saya pilih.

“Kalau saya pendam sahaja apa yang mereka kata, saya akan jadi lagi takut. Kalau saya terima komen tersebut, hadam dan proses dalam fikiran, saya boleh atasinya,” jelasnya lagi.

“Biarlah Marketing Pun, Janji Comel… Aku Yg Blushing! ” – Peminat ‘Angau’ Bila Meerqeen Panggil Anna Jobling Sayang

Digandingkan bersama dalam drama rantaian #MelurUntukFirdaus, pelakon Anna Jobling dan Meerqeen seringkali menjadi tumpuan apatah lagi drama mereka kini mendapat sambutan hang.at peminat di tiga buah negara.

Malah, pasangan ini juga keliha.tannya begitu mesra di luar set penggamb.aran apabila seri.ngk.ali dilihat berbalas kom.en dan mengikuti sesi siaran Instagram Live masing-masing.

Terbaharu, tular satu rakaman video yang dibuat oleh Anna dan kelihatannya Meerqeen secara t.iba-tib.a mu.ncul mening.galkan kome.n ‘saya.ng’ serta ‘Behave i am watching you’ ketika sesi Live tersebut berlangsung.

Bukan itu sahaja, Meerqeen turut memanggil Anna dengan panggilan ‘Manja’ dan memaklumkan tentang keadaan terkini beliau yang pada ketika itu sedang berehat.

Tindakan Meerqeen ini secara tidak langsung seperti mengiyakan dakwaan kononnya mereka kini sedang hangat bercinta,

Bagaimanapun, susulan da.kw.aan peminat yang mengatakan babak ‘sweet’ ini adalah salah satu bentuk ‘ma.rketi.ng’, mereka bagaimanapun berasa te.rhibur malah ada yang ‘blushing’ melihat gelagat kedua-dua pelakon berkenaan.

Untuk makluman, video Live kedua-dua pelakon ini juga sering dikongsikan di platform media sosial TikTok sehingga menjadi FYP dan ditonton lebih dari 2 juta tontonan.

Berikut sedikit info dan biodata Meerqeen

NAMA PENUH: Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam

NAMA POPULAR: Meerqeen

UMUR: 21 tahun

TARIKH LAHIR: 4 Jun 2001

ASAL: Ampang, Selangor

INSTAGRAM: Meerqeen

Kerjaya

Merupakan alumni Hero Remaja 2019/2020, Meerqeen antara 15 peserta yang terpilih dalam pertandingan ini. Pada waktu itu, antara peserta lain bersamanya adalah Nadhir Nasar dan Aniq Suhair. Pada 2017,

Meerqeen pernah muncul dalam sebuah iklan yang juga pada waktu dia baru 15 tahun.

Filem pertama lakonan Meerqeen adalah ‘Kelaster’ yang mana dia memegang watak sebagai Usop. Filem tersebut ditayangkan di Astro First.

Manakala drama yang mengangkat namanya dalam bidang lakonan adalah ‘Angkara Cinta’. Dalam drama ini dia berlakon bersama Hun Haqeem dan Wanna Ali.

Kemudiannya Meerqeen muncul dalam drama Marry Me Senorita. Dia berlakon dengan Janna Nick, Dini Schatzmann dan Shaza Bae.

Kehidupan Peribadi

Untuk yang tidak tahu, Meerqeen adalah anak saudara kepada penyanyi terkenal Safura Ya’cob. Ibu saudaranya itu menjadi inspirasi Meerqeen dalam bidang seni.

Nama Meerqeen adalah hasil gabungan nama panjangnya yang diambil dari Shameer dan Shauqeen. Selain dari itu, Meerqeen juga adalah pelajar jurusan insurans di Kolej Vokasional Gombak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

KREDIT: mh

Leave a Reply

Your email address will not be published.