Hiburan

‘Sudah lama dilakukan’ Ini siastan P0lis mengenai pekerja ubah suai rumah Zalina Azman

Shah Alam: Polis tidak menolak kemungkinan kerja pengubahsuaian rumah bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang November lalu sudah lama dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, situasi itu mungkin menyukarkan pihaknya mengesan pekerja yang menjalankan pengubahsuaian berkenaan.

“Setakat ini status masih sama, kita tiada petunjuk baru lagi… memang Kertas Enkuiri Polis (KEP) akan diteruskan.

“Mungkin ada kepayahan di pihak kita melainkan pekerja tampil ke depan untuk memberi maklumat (kepada polis),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK Selangor, di sini hari ini.

S Sasikala Devi berkata, sekiranya polis menemui petunjuk baharu, siasatan akan dijalankan berdasarkan petunjuk baru yang diperoleh kelak.

Hasil tinjauan NSTP di Jalan Ketiau, Seksyen 3, di sini, Selasa minggu lalu, mendapati keadaan rumah terbabit seolah-olah sudah lama ditinggalkan, manakala pagar kediaman itu dilihat seperti belum siap dibina.

Pemilik pusat tahfiz yang berjiran dengan rumah Zalina, Mohammad Bokhari Shariff, 76, memaklumkan kerja pengubahsuaian kediaman berkenaan terhenti beberapa bulan sebelum kehilangan wanita itu dilaporkan.

“Sebelum itu, saya melihat rumah terbabit sedang melalui proses ubah suai seakan-akan untuk dijadikan pejabat, namun kerja berkenaan terhenti beberapa bulan sebelum beliau dilaporkan hilang pada tahun lalu.

“Saya mengetahui mengenai kehilangannya selepas polis datang menemui saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang giat mencari Zalina, 58, yang dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, gagal menghubungi beliau sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bahawa bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.