Uncategorized

Suria KLCC gelap! Betul ke blackout seluruh Malaysia? Ramai mula kongsi pengalaman

MEDIA sosial kecoh pada Rabu tengah hari apabila sebilangan besar netizen melaporkan berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan mereka.

Biarpun sekejap sahaja, namun kejadian itu kecoh diperkatakan kerana dipercayai berlaku di banyak kawasan khususnya di ibu negara.
Namun, ada yang mendakwa kejadian itu berlaku serentak di seluruh Malaysia.

Semakan mStar di laman Twitter mendapati netizen membanjiri platform sosial itu untuk berkongsi pengalaman mereka.

“Apa cerita ni banyak area KL blackout ni sekarang?

“Satu Malaysia blackout ke macam mana ni?
“Apa yang berlaku? Semua tempat blackout,” tulis beberapa netizen.

Di Twitter, seorang individu dikenali sebagai @mwnkenobi turut berkongsi foto suasana gelap akibat gangguan bekalan elektrik yang berlaku dalam pusat beli-belah Suria KLCC.

Dalam pada itu, beberapa individu di Negeri Sembilan dan Pahang dan Pulau Pinang turut mendakwa berhadapan kejadian serupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.