Uncategorized

Timbul Gosip Rumah Tangga Dengan Mizz Nina Sedang Bermasalah, Noh Salleh Tampil Beri Penjelasan

DESAS-desus mengatakan rumah tangga pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina bergolak ternyata tidak benar apabila vokalis kumpulan Hujan itu tampil menafikan dakwaan tersebut.

Noh sebaliknya berkata, ia adalah berita palsu malah dirinya sendiri mengetahui tentang khabar angin itu selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusannya sebelum sidang media konsert 3 Generasi Noh Salleh, Spider dan XPDC pada Rabu.

“Entahlah, tiada komen… Anda semua kena tipu. Good luck. Fake news.

“Saya sendiri baru tahu hari ini apabila dimaklumkan oleh Joe (pihak pengurusan),” katanya.

Gosip rumah tangga Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 41, dikatakan bermasalah apabila beberapa ruangan forum di internet melaporkan pasangan itu kini dilihat jarang bersama selain Mizz Nina dikatakan bercuti tanpa kehadiran suami di sisi.

Pasangan ini bersama anak mereka, Musa pada sambutan Hari Raya lalu.

Bagaimanapun dalam nada sindiran, Noh mempersoalkan pihak media yang didakwa lebih suka mengambil tahu tentang berita peribadi berbanding hal kerjaya.

“Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai anak angkat mereka iaitu Musa, Noh memberitahu kasih sayang terhadap anaknya itu sangat berbeza.

Malah sebagai seorang bapa, Noh berkata, dia hanya menyedari dan merasai perkara itu.

“Apabila ada anak, sayang itu ditahap berbeza. Saya baru sedar perkara itu. Sekarang ini saya lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak lakukan pemeriksaan,” katanya.

Viral kisah ‘lamaran’ Noh kepada Mizz Nina: ‘Hanya ada RM8 ribu dalam akaun”

ANTARA pasangan artis yang sering mendapat perhatian media dan peminat adalah Noh Hujan dan Mizz Nina.

Apatah lagi selepas penghijrahan Mizz Nina, bukan sedikit yang menyimpan rasa kagum terhadap pasangan yang nampak ‘low profile’ ini.

Hari ini, sebuah perkongsian daripada pemilik akaun Facebook bernama Azfar Mohd, berkisarkan kisah percintaan dan penghijrahan mereka ke arah lebih baik, viral di laman sosial.

Dalam perkongsiannya, Azfar bercerita, Noh dalam satu sesi motivasi pernah membuat pengakuan bahawa dia menceburi bidang seni dengan satu niat, iaitu untuk mencari rezeki.

Tidak pernah mengikuti pengajian di peringkat tinggi, keputusan itu bagaimanapun mempunyai cabaran dan dugaan tersendiri, memandangkan hidup sebagai anak seni ada turun naiknya.

Namun mungkin kerana keikhlasannya, rezeki Noh semakin lama, semakin baik.

Dan rezekinya bertambah baik selepas berkenalan dan kemudiannya mengahwini Mizz Nina.

Paling menyentuh hati, adalah cerita bagaimana dia melamar puteri Tan Sri Dato’ Azman Hashim itu.

“Saya tiada harta, tapi jika awak mencari suami yang akan menjaga awak dan membimbing awak ke jalan Allah, insha Allah saya boleh lakukan,” itu yang dikatakan Noh kepada Mizz Nina.

Berlandaskan niat yang baik itu, kehidupan mereka berdua juga menjadi semakin baik selepas berkahwin. Mizz Nina yang sebelum ini dikenali kerana imej seksinya, berubah penampilan menjadi Muslimah sejati.

Malah, dunia seni juga sudah jauh ditinggalkannya.

“Semuanya dengan niat kerana Allah. Jika anda bertemu seseorang yang boleh menjadikan anda Muslim dan Muslimah yang lebih baik, jangan lepaskan dia,” itu yang dipesan Noh, tulis Azfar.

Perkongsian Azfar itu telah menerima lebih 32 ribu likes dan lebih 10 ribu perkongsian.

Noh dan Mizz Nina pada Mac lalu berkongsi berita gembira apabila mendedahkan mengambil Musa sebagai anak angkat sejak awal tahun ini.

Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai 2011.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.