Hiburan

“Yg di pukul sakit, yg pukul lagi sakit” Yayan Beritahu Kenapa Dia Tak Pernah Bergaduh

Lakonan mantap para pelakon dalam filem Mat Kilau membuatkan filem ini bakal diingati oleh para penonton. Kehadiran pelakon aksi terkemuka dari Indonesia, Yayan Ruhian ternyata menambahkan lagi kehebatan filem Mat Kilau.

Nama Yayan Ruhian tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat filem aksi kerana beliau sebelum ini pernah muncul dalam filem hebat seperti The Raid, Star Wars dan paling diingati adegan lawan beliau bersama Cecep Arif Rahman menentang Keanu Reeves dalam John Wick 3.

Berikut nasihat Yayan kepada mereka yang suka bergaduh bila ada kemahiran berlawan

“Kita sedang bermain bola, kita akan senang bergaduh, tapi ada penonton dan polis yang jaga kita. Kalau kita sikit bergaduh, mereka akan suruh berhenti

“Kalau bergaduh, kalah jadi abu, menang jadi arang. Tak ada yang menguntungkan

“Yang dipukul sakit, yang pukul lagi sakit

6 fakta mengejutkan Yayan Ruhian yang ramai tak tahu

1) Yayan merupakan pelakon yang berasal dari Indonesia dan dilahirkan pada 19 Oktober 1968. Kampung halamannya adalah di Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia.

2) Selain menjadi pelakon, dia juga merupakan artis seni belas diri dan pelakon lagak aksi. Yayan mula aktif sejak tahun 2007 lagi.

3) Nama Yuyan melonjak dan dikenali di seluruh dunia selepas membintangi filem antarabangsa bersama Keanu Reaves dalam filem John Wick: Chapter 3- Parabellum pada 2019.

4) Isteri Yayan bernama Wawa Suwartini dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan 3 orang anak. Mereka berkahwin pada tahun 1997

5) Selain berlakon dengan Keanu Reaves, Yayan terlebih dahulu mengembangkan bakatnya ke Hollywood sejak awal pembabitannya dalam dunia seni dengan membintangi filem Star Wars.

6) Antara filem lakonan Yayan Ruhian adalah Merantau (2009), The Raid (2011), Star Wars: The Force Awakens (2015), Beyond Skyline (2017) dan John Wick: Chapter 3 – Parabellum (2019)

Diminta mengulas watak antagonis sering dibawa, Yayan tidak kisah kerana setiap karakter berbeza.

Tambah Yayan, dia sering menganggap setiap watak ditawarkan adalah cabaran dan tanggungjawab harus dipikul.

“Saya tidak suka menoleh ke belakang. Hanya kerana pernah membawakan watak hampir sama, jadi, saya harus menolak tawaran baru.

“Bagi saya, pengarah pastinya mempunyai alasan kenapa memilih saya.

“Setiap watak diberikan walaupun mungkin pernah dijayakan, tetapi mempunyai karakter berbeza yang perlu dipersembahkan mengikuti cara tersendiri,” katanya yang pernah beraksi dengan aktor Hollywood terkemuka, Keanu Reeves ketika membintangi filem John Wick: Chapter 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published.