Hiburan

Aku Mintak Bantuan Cikgu Kaunseling Ni Untuk Tolong Sampaikan Hajat Aku, Tapi Tindakan Guru Kepada Buat Aku Benci Dia Smp Sekarang

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.

Sebenarnya bercita-cita lama dah nak menulis di sini. Kisah ini berlaku pada tahun 2000an dan guru kaunseling durjana ni adalah guru perempuan bernama Aminah (bukan nama sebenar).

Sekolah aku ni memang tak best. Dari cikgu ke pelajar ke sistem ke semua out. Dengan ada sorang cikgu ni tak reti cakap biasa biasa agaknya keja jerit jelah.

Lepas geram tak semena mena kat pelajar sekolah tu. Ada masalah rumah tangga kot cikgu tu. Takde kenangan manis aku bersekolah kat sini.

Dulu aku dapat tawaran masuk sekolah integrasi tapi jauh dari rumah, bapak aku suruh sekolah sini jelah.

Kalau tengok pelajar zaman aku tu, gaya macam berlagak anak orang kaya tapi tak kaya mana pun, tapi pandang rendah pada budak budak B40 ni sebab tak pakai kasut sekolah, beg sekolah berjenama.

Aku pun terkena tempiasnya juga. Tapi dari dulu jenis, orang tak suka, takde la sampai tak nak pergi sekolah. Buat hal sendiri jela.

Zaman tu jugak kelab PRS macam popular juga. Tapi hangat hangat tahi ayam jela. Masa tu ada 2 orang cikgu kaunseling. Sorang tu bagi aku okay la, biasa biasa je. Yang isu besar ni cikgu Aminah ni.

Bilik kaunseling ni macam rumah terbuka sentiasa ada kunjungan dari pelajar2 yang nak meluah masalah dan sbagainya. Pintu bilik ni pun jarang sangatlah tutup. Sebab aku salah seorang pengunjungnya.

Masa tu aku ada masalah dengan keluarga kat rumah, pada masa tu jugak aku berada tu tingkatan 4. Aku rasa dengan duduk kat rumah keluarga aku tu, aku rasa tak boleh score SPM next year.

Jadi aku rancang nak pindah duduk dengan nenek aku sementara sebab macam aman sikit kat sana sebab aku nak score SPM.

Jadi, bila cakap dengan bapak aku sendiri dia tak kasi pindah. Aku mintak bantuan cikgu kaunseling ni untuk tolong sampaikan lah hajat aku tu.

Bila aku datang luahkan tu aku bagitau lah apa masalah berlaku kat rumah. Cikgu Aminah ni yang kononnya ambil kes aku. Jadi aku pun datang lah lagi minggu depannya nak tanya progress kes aku tu lah.

Depan depan kawan aku dia boleh cakap macamni, Mak bapak awak takde masalah pun, awak yang bermasalah. Aku terdiam la kat situ.

Aku pikir tugas guru kaunseling ni macam orang tengah yang panggil dua dua pihak untuk berbincang secara berhemah dan aman. Kalau ye pun aku bermasalah mcm tu korang ni attend kes?

Tu satu hal. Aku dapat tahu dari cikgu rapat aku ni, cikgu Aminah ni tak jaga privacy budak budak yang datang mengadu kat bilik kaunseling tu. Bukan aku je ramai senior ke junior aku kena.

Tapi dari mulut pelajar aku tak pernah lah dengar ke aku yang jenis buat hal sendiri. Tapi aku perasan lah ada beberapa cikgu lepas tu jadi annoyed dengan aku.

Lepas tu yang korang cikgu dah dengar kes cikgu kaunseling yang takde integriti ni takkan la takde amek apa apa tindakan?

Ke korang pun sama layan dengar korek cerita juga ke. Ke cikgu Aminah ni takde kawan ke, jaja cerita kes budak konon nak buat bahan nk rapat dengan cikgu cikgu.

Benda ni dah jadi dekat 20 tahun, aku stalked cikgu Aminah ni masih guru kaunseling lagi.

Dan 20 tahun ni aku rasa aku tak boleh nk maafkan dia apa yang dia dah buat dekat pelajar pelajar tu termasuk aku ni lah.

Harapan aku, aku harap dia confess mintak maaf cari la budak budak tu satu satu.

Sungguh aku tak redha apa dia buat ni. Walaupun masalah aku tu hanya aku takde proper bilik dan meja belajar kat rumah aku cari jalan nak balik rumah nenek aku je.

Siot betul cikgu ni. Apa ntah aib budak dan keluarga pelajar yang dah confess yang cikgu ni dah jaja.

Aib kau aku harap nanti jadi skrin besar kat padang masyhar sana.

– Diana (Bukan nama sebenar)

Antara komen warganet terkesan,

Siti Nurul – Bg sy ckgu job dia mengajar.. Yg kaunseling student tu better bukan cikgu, iaitu mmg kaunselor2 yg diiktiraf ke ape.. Lg berkesan kot..baru la yg amik kos kaunseling ni ada job.. bila mana ckgu sndri jd kaunselor dia wat masuk ke dlm bilik guru.. Membawang sesama mereka..

Shonan – Alhamdulillah xpernah lg jmpe guru kaunselor yg cmni.. Dlu ak skola menengah ade 2..lower form kt skola lain, upper form pindah ke skola lain.. Suke jgk dok bilik kaunseling tp mmg xpenah dgr kaunselor dok cite psl hal bdk2..Skang jdk cg, kaunselor skola ak pn jenis yg mmg simpan rahsia.. Klu ak ade prob ngn student, akan refer ke kaunselor tp stakat ni xde la kaunselor tu bukak cite masalah hidup bdk tu..

Felis – Dah ramai cite psl benda ni, aku rasa cikgu2 kaunseling ni mungkin byk masalah juga dlm hidupnya dan berfikiran ‘why not aku tambah masalah pelajar2 tu dgn jaja kisah diorg kt org lain sbb masalah bebudak xla teruk sgt lg mcm masalah hidup aku’.

Sue – Sungguh x amanah guru kaunseling cmni, berat tau tugasan mnjdi kaunselor ni sbb melibatkan aib org lain..sptut guru tu tahu etika mnjdi kaunselor, mmg kerahsiaan no.1 yg mana kena smpan baik2..dh mcm mak cik bawang dok jaja2 crita org yg meluah utk bntu cri jalan penyelesaian..

Cahaya – Ramai x faham apa tt ni nak cerita kut, kisah pasal amanah. kalau ikut polisi kaunseling, kaunselor dilarang membuat hebahan atau menguar-uarkan kerahsiaan orang lain. Sekolah saya ada guru kaunseling bukan dalam bidang dia. Ntah sekolah main ambil je ke apa. Pernah masuk bilik kaunseling cerita dekat cikgu sorang ni pasal masalah peribadi dekat sekolah. Lepastu dalam seminggu seterusnya ada cikgu lain perli2, dia kata “aku ok ke x dekat rumah, dekat rumah baik2 x, jangan gaduh2 dengan adik beradik tau”Sebelum ni xde pun cikgu2 ni nak cakap macam tu dekat aku sbb bukan jenis budak2 nakal. eh aku rasa macam kenapa pulak ni kan???? Lepastu aku langsung hilang minat nak cerita dekat orang, trust no one. Pihak sekolah betul2 tangkap muat cari kaunselor.

Radziah – Saya pernah diasak bertubi-tubi di dalam meeting akhir tahun sekolah mengapa saya tidak menceritakan kepada guru tersebut dan bercerita hal anak murid yg sy dah buat sesi tu.. Sy maklumkan dlm meeting sy tidak boleh maklumkan kpd guru2 kisah yg murid dah ceritakan kpd sy..kalau nak juga tahu kenalah cikgu tu jumpa GB dan pentadbir lain sbb pentadbir lain mmg dipanggil utk sama2 bila ada sesuatu isu apatah lagi melibatkan polis dan ppd serta kes bawah umur.. Cikgu tu tak puas hati dgn jwpn sy ..dan sy dihentam teruk kerana mempertahankan isu kerahsiaan sy.. Bukan mudah untuk menjaga kerahsiaan murid kerana kdg2 guru2 sekeliling tidak memahami tugas dan peranan GBK..skrg alhamdullillah sy telah pun berada di tempat baru..kurang sikit menanggung stress seblm ni..

Asyafiqah – Masa sekolah, umur mentah gitu, memang selalunya akan letak trust pada cikgu kaunseling. Tapi tu la, cikgu kaunseling sepatutnya amanah dalam tugas. Bukan setakat cikgu je, profesion apa2 pun kena simpan data klien, dengan kerahsiaannya kan. Bezanya cikgu2 deal dengan budak sekolah. Budak sekolah pun ada perasaan. Rasanya cikgu2 kaunseling ni kena hantar p kursus psychology jugak. Huhu.

Nasibah – Nasibla kalau lantik cikgu kaunseling yg kaki membawang. Kat sekolah mmg ada cikgu2 suka membawang n borak2, agaknya betul la tu. Jadikan luahan pelajar utk modal borak, bukak cerita..

Dee Mokde – Samalah yg terjadi pada anak saya yg bongsu..d membela abangnya..kena mark ngn Cikgu kaunselling..siap persendakan saya ibunya..Anak saya x terima bila Cikgu dgn nada menyindir..owh..mak awak yg selalu dtg naik motor tu ye..Kita ada motor .naik motor ajelah..klu naik Mercedes ke BMW..mungkin lain sikit ceritanya.Saya x tau cerita ni..hanya setelah mereka dah dewasa..mereka cerita kat saya,Semuga Allah merahmati roh guru yg tersebut.

Nina – Aku dulu rapat dengan cikgu² kaunseling, keluar masuk and tolong² dekat bilik kaunseling. tapi aku tak pernah nak meluah. Ntah, aku rasa masa tu tak berbaloi nak meluah, elok aku cerita terus kat parents aku. Tapi alhamdulillah cikgu² kaunseling aku baik² belaka.

Muhassanah – Aku sampai sekarang pun mmg tak suka dgn cikgu kaunseling. Dulu cikgu kaunseling kat sekolah aku pun suka marah2 jerkah2 murid. Tak boleh cakap elok2 agaknya. Silap aku pergi masuk kelab kaunseling, ada sehari tu dia suruh aku baca apa entah kat kertas & suara aku pulak tak berapa kuat. Dia boleh jerkah aku sekuat hati dia depan murid2 lain. Terketar2 aku baca benda tu. Nak kata dendam tu tidak lah, tp aku ada perasaan yg sama mcm tt di mana peristiwa tu akan kekal dalam ingatan sampai bila2. Kenapa perlu ada cikgu macam ni kat sekolah?

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *