Hiburan

Bangga Hakim Tegakkan Kebenaran. Ini Kata2 Chef Wan Buat Penyokong Bossku Tak Senang Duduk

Personaliti masakan terkenal negara, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memuatnaik satu perkongsian yang cukup menarik perhatian warganet dan juga lensa Murai MY.

Negara Perlu Berubah Demi Masa Depan
Menjengah ke Instagram Chef Wan, personaliti masakan tersohor ini memuatnaik gambar lima hakim yang mengadili kes Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah dalam menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dalam coretan yang ditulis Chef Wan, beliau meluahkan rasa bangga terhadap barisan panel hakim yang berani dan berjaya menegakkan kebenaran. Menurut Chef Wan, negara perlu berubah untuk masa depan dan individu yang korupsi perlu di hukum.

“Alhamdulillah sangat bangga dengan semua hakim ini berdiri menegakkan kebenaran.

Negara kita perlu berubah demi masa depan dan semua manusia yang korupsi harus diberi pengajaran agar mereka faham mereka tidak boleh pengaruh orang lain.” Coret beliau

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail
Tak Mahu Sandiwara Hanya Keadilan
Menerusi entri yang ditulis beliau lagi, Chef Wan dengan tegas menyatakan sebagai rakyat Malaysia mereka hanya mahu keadilan dan bukan sandiwara ahli politik. Apatah lagi hukuman dijatuhkan berdasarkan bukti-bukti kukuh yang ada.

“Yang penting bukti bukti itu amat jelas supaya mereka-mereka ini di bawa ke pengadilan. Sebagai rakyat Malaysia, kami hanya mahu keadilan dan bukan sandiwara pementasan mereka.” Coretnya

“Denda lah Saya”

Personaliti masakan ini juga membuat pengakuan di mana jika beliau didapati melakukan kesalahan, beliau sanggup di kenakan hukuman atau di denda supaya apa yang berlaku menjadi pengajaran buat dirinya.

“Jika saya melakukan kesilapan, hukum atau denda lah saya agar ianya menjadi satu pelajaran buat saya sendiri.” Tulisnya

Netizen Setuju Dengan Chef Wan
Melihat muatnaik yang dikongsikan Chef Wan, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang ditulis oleh personaliti masakan terkenal ini.

“100% setuju”

“Alhamdulillah akhirnya keadilan untuk rakyat Malaysia”

“Salah tetap salah, walau siapa pun kita” komen warganet

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail
“Alhamdulillah.. Sangat setuju dengan anda Chef Wan. Tiada siapa yang berada di atas undang-undang. Tahniah barisan hakim yang kental dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjawab!!”

“Alhamdulillah”

“Alhamdulillah.. Akhirnya” komen mereka

Sekadar info, selepas mendengar hujahan dan bukti tambahan yang dikemukan oleh peguam bekas Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama empat lagi hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.

Bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib setelah mendapati pembelaan Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

kredit:murai. my

Leave a Reply

Your email address will not be published.