Entertainment

“Bayar dulu baru nikah” – Netizen Minta Bayar Hutang RM4,000, Ini Reaksi Shahir

DALAM debaran menantikan bakal bergelar suami Jumaat ini, nama Shahir Zawawi terpalit dengan kontr0versi apabila ada pihak membangkitkan soal kegagalan penyanyi itu menjelaskan hutang.

Dipercayai berhubung pembayaran berkaitan kerja-kerja dalam industri seni, seorang pengguna laman sosial mendedahkan perkara itu menerusi ruang komen sebuah portal berita yang memaparkan artikel mengenai penyanyi tersebut.

Menjawab dakwaan berkenaan, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, dia tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut dan perlu menyemak semula komen dibuat individu berkenaan.

“Saya tidak tahu tentang cerita tersebut. Sekarang ini sibuk menguruskan hal perkahwinan, jadi tak sempat nak ambil tahu.

“Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, berkongsi mengenai pernikahannya dengan Jaskin Jaludin pada 2 September ini, Shahir memberitahu sedang sibuk melakukan persiapan namun ia membantu mengurangkan debaran bergelar suami.

“Memanglah ada rasa berdebar nak jadi suami, tetapi dalam beberapa hari ini saya sibuk menguruskan hal perkahwinan. Jadi kuranglah sikit perasaan takut itu. Lebih memikirkan soal persiapan majlis.

“Persiapan diri sendiri pula tidaklah 100 peratus kerana tugas sebagai seorang suami ini adalah satu proses yang akan berjalan terus. Banyak yang akan saya tempuh dan belajar selepas berkahwin nanti.

Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya
“Sebelum ini hanya fikir diri sendiri sahaja, tetapi selepas ini saya ada isteri dan keluarga mentua. Perlu fikir tentang tanggungjawab lebih besar,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen di portal berita berkenaan, seorang individu yang juga pekerja industri hiburan mendakwa mengalami kerugian ekoran wang pembayaran tugas dalam sebuah acara gagal dilunaskan penyanyi tersebut.

Shahir sedia pikul tanggungjawab sebagai suami.

Komen tersebut juga mendapat sokongan seorang lagi individu yang mendakwa perkara sama turut terjadi kepada beberapa syarikat pengurusan artis lain.

“Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu,” komen individu berkenaan.

Individu berkenaan meninggalkan komen di sebuah hantaran berita milik Harian Metro semalam yang melaporkan mengenai persediaan Shahir meniti hari bahagia.

“Bayar hutang dulu baru nikah,” tulis Rizam.

Komen individu yang dipercayai seorang penggiat industri hiburan tempatan itu mendapat sokongan rakannya dikenali sebagai Poji Samad.

“Sampai dah arwah orangnya,” ujar Poji.

Dalam pada itu, Rizam membalas dengan berkata:

“Saya yang hidup ni pun dia main senyap je. AF Megastar saya rugi dekat RM4,000. Duit saya sendiri tu,” katanya.

Poji turut menyokong dan berkata ada label lain lagi yang Shahir didakwa berhutang.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan berita yang mengatakan pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu sama ada benar benar berhutang ataupun tidak.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.