Amalan

“Bukan kes buli biasa”-Pendedahan Cikgu Fadli Tentang Kes buli di MRSM Buat Ramai Terkejut

KUANTAN – Ibu bapa kepada pelajar tingkatan dua yang menjadi mngsa b.uli pelajar senior di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan menuntut institusi itu mengesan segera pelaku dan mengenakan tindakan tegas.

Nazrah Mohamed mendedahkan kes buli membabitkan anak perempuan di laman sosial Facebook yang dikatakan bermula sejak Jun lalu dan berlarutan sehingga Jumaat.

Menurutnya, kes sebegini perlu ditangani segera kerana ia melibatkan sentuhan badan dan ia bukan lagi perbuatan khianat tetapi kes jenayah yang semakin menjadi-jadi di dalam MSRM Kuantan.

“Saya masih tidak nampak penyelesaian malah kes semakin menjadi-jadi dan bertambah serius apabila anak kami dan beberapa pelajar lain berterusan menjadi mngsa perbuatan khi4nat dan gangsterism. Sebagai ibu bapa kami tidak boleh berdiam diri.

“Pihak MRSM Kuantan begitu lembab dalam mengambil tindakan dan menyiasat perkara ini. Sikap acuh tak acuh pihak Pengurusan MRSM Kuantan tidak boleh diterima sama sekali!

“Kes-kes masih berulang dan sehingga hari ini telah melibatkan sentuhan badan body. Adakah pihak MRSM Kuantan nak tunggu sehingga ada kehilangan nyawa baru nak bertindak?,” soalnya menerusi satu hantaran dalam Facebook miliknya pada Jumaat.

Gambar kiri: Nazrah Mohamed mendedahkan kes buli di MRSM Kuantan. Gambar kanan: Antara nota tulisan tangan yang dimuat naik dalam hantaran di Facebook miliknya.

Dia menjelaskan, pihak Mara juga lambat bertindak dalam memberikan maklum balas walaupun aduan telah dibuat.

“Pengetua, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP), Yang Dipertua (YDP) Muafakat, Naib Yang Dipertua Muafakat dan sebahagian Exco Muafakat MRSM Kuantan lambat bertindak dan mengambil sambil lewa kes-kes yang berlaku di dalam maktab ini. Mungkin kesemua mereka menunggu sehingga ada kematian baru nak bertindak!

“Jadi, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak maktab dan Mara masih lambat bertindak,” katanya.

Surat maklum balas yang diterima oleh Nazrah susulan aduan buli terhadap anaknya dibuat kepada KPM dan Mara.
Dalam pada itu, Nazrah turut mendedahkan kronologi kes membabitkan anaknya dikatakan bermula pada 17 dan 19 Jun lalu, apabila pakaian seragam sekolah anaknya berwarna biru dijumpai di ampaian telah diconteng dan pakaian berwarna kuning diconteng di bahagian lengan.

“Pada 20 Jun, saya telah menelefon Ketua Warden untuk mendapatkan maklum balas kes tersebut malangnya Ketua Warden terkejut dan tidak mengetahui perkara tersebut.

“Setelah disemak, pelajar senior mengakui mereka cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut. Jadi persoalan di sini, adakah ini prosedur MRSM untuk kes-kes serius seperti ini membiarkan pelajar senior handle sendiri tanpa memaklumkan kepada warden?

“Selang dua hari selepas itu, saya menghubungi sekali lagi Ketua Warden, namun dimaklumkan mereka masih tidak dapat mencari pelaku,” katanya.

Nazrah juga memaklumkan pada 26 Jun, pakaian seragam dan pakaian pendidikan jasmani anaknya telah diconteng. Dalam masa yang sama, anaknya turut mengesan dinding tandas juga diconteng dan semua perkara itu telah dimaklumkan kepada pelajar senior.

Menurutnya, susulan aduan itu anak perempuannya dipanggil oleh lima warden MSRM Kuantan dan dipaksa supaya mengaku bahawa semua perbuatan itu dilakukan olehnya.

Tambah Nazrah, anaknya adalah angsa dan melaporkan semua kejadian kepada pelajar senior, namun ia berlaku sebaliknya apabila anaknya didakwa sebagai pelaku oleh pihak MRSM Kuantan.

“Pada 14 Julai, saya menghubungi TPPP untuk bertanyakan perkembangan kes-kes tersebut. Sebaliknya TPPP maklumkan anak saya telah dirujuk kepada kaunselor sekolah dan mengalami anxiety dan mempunyai stres level tinggi berdasarkan perbualan anak saya bersama-sama kaunselor. TPPP juga menyatakan anak saya perlu dirujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan lanjut.

“Saya kemudian mengambil anak pulang ke rumah pada 15 Julai dan pada 17 Julai, saya telah membawa anak berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk memastikan tahap kesihatan mentalnya.

“Berdasarkan klinikal temu bual, doktor menyatakan anak kami sihat dan tiada ciri-ciri anxiety, depresi dan stres seperti yang digambarkan oleh TPPP. Doktor juga mencadangkan agar anak kami menjalani ujian-ujian tertentu untuk mengesahkan tahap kesihatan mentalnya.

“Doktor juga mengambil kenyataan daripada anak saya dan perkara yang diceritakan oleh anak saya kepada doktor adalah konsisten sama seperti yang diceritakan kepada kami,” ujarnya.

Menurut Nazrah, berdasarkan keputusan tersebut, satu pertemuan telah dilakukan bersama pentadbir dan pengurusan MRSM Kuantan.

Jelasnya, hasil pertemuan itu, pengetua MRSM Kuantan mengakui terdapat kesilapan dari pihaknya dalam menjalankan siasatan berhubung kes-kes tersebut sehingga anaknya dipersalahkan.

Namun katanya, kenyataan daripada pentadbir sekolah seperti pengetua, TPPP, warden dan kaunselor MSRM juga tidak konsisten berhubung kes itu.

“Pada 22 Julai, kami telah membuat laporan polis terhadap pihak maktab ke atas kes-kes yang berlaku melibatkan anak kami setelah tidak mendapat jalan penyelesaian semasa pertemuan dengan pihak pengurusan maktab.

“Kami telah memfailkan aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar memandangkan Mara adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Kami sangat kecewa dengan maklum balas itu kerana siasatan berat sebelah dan anak kami tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Maklum balas Mara juga berbeza dengan kenyataan Pengetua yang mana Mara memaklumkan pihak maktab telah mengikut prosedur yang betul tetapi Pengetua mengakui kesilapan di pihak maktab ketika siasatan dijalankan,” katanya.

Nazrah memaklumkan sehingga Jumaat lalu anaknya masih dibuli apabila rambutnya bersama dua rakan biliknya digunting pendek ketika mereka tidur.

“Anak kami dan pelajar terlibat terus memaklumkan kepada senior dan senior seterusnya maklumkan kepada warden. Kami juga maklumkan perkara ini kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes dan menasihatkan pihak maktab membuat laporan polis.

“Sehingga saat ini, kami masih menunggu perkembangan terkini dari pihak maktab dan pihak polis,” katanya.

Cikgu Fadli Tampil Bersuara

“Kes buli di MRSM Kuantan ni bukan kes buli biasa. Ada unsur psychopath. Sabar semua. Jangan cepat maki hamun mana-mana pihak. Takut last sekali plot twist. Sabar je, saya rasa kes ni akan selesai dalam masa terdekat. Akan ada saksi tampil nanti ni.”

Kes ini akan selesai cepat

“Ada orang tuduh budak tu split identity dan dia sendiri buat. Ada yang tuduh orang lain buat. Ada yang kata ianya benda ghaib, alam bunian dan sebagainya.
Kata saya, tunggu sahaja kes ni diselesaikan. Stop buat tuduhan melulu terhadap mangsa dan keluarga. Stop maki hamun warden, stop kutuk MRSM Kuantan.
Firasat saya kuat mengatakan kes ini akan selesai cepat, ada saksi akan tampil / rakan subahat yang akan bongkar kebenaran kes ni.”

Berikut pula ulasan dari peguam Nor Zabetha, di mana dia berstuju dengan pandangan Cikgu Fadli

Saya baca perkongsian ibu berkenaan kes buli anaknya di sekolah berasrama di Kuantan, risau saya.

Bila melihat semua gambar-gambar yang dikongsikan. Bertambah risau. Pelaku semacam mengalami masalah psikologi. Saya setuju dengan pendapat cikgu Fadli, ada unsur psychopath.

Pelaku macam banyak terpengaruh dengan kaedah filem-filem seram. Dalam filem seram, watak psycopath ini mereka suka takut-takutkan mngsa. Mereka merasa puas mngsa takut sebelum mereka ke langkah seterusnya.

Kalau lihat gambar si ibu kongsikan. Ada nota ugutan. Ditulis dengan pen merah, diletak gambar senyum dan ‘love’. Ditinggalkan pelbagai jenis nota dan tulisan dengan simbol pelik-pelik.

Tahniah tindakan ibu ini, mendengar aduan anaknya. Dia ambil tindakan segera. Disusun kronologi kemas-kemas, diadukan pada sekolah, PDRM, SISPA. Semua tindakannya tepat dan betul.

Bukan kata anak ini, kalau saya jadi mngsa begini. Saya juga seram. Haih! Apalah kegilaan yang menjadi ikutan anak-anak remaja sekarang.

Seawal usia ini, sudah menakutkan rakan-rakan yang lain dengan meniru gaya psychopath dalam filem. Kalau dapat ditangkap pelaku ini, saya cadangkan, dia patut dihantar mendapatkan rawatan. Jangan dia ikutkan jiwanya itu.

Hal begini tidak boleh dibuat main. Di Malaysia juga ada kes-kes pembu.nuhan kejam oleh remaja. Antara yang dilaporkan dan mendapat liputan luas kes pembun.uhan Siti Nur Surya, 19 tahun yang dibu.nuh oleh rakannya di rumah sewaktu Surya sedang menjaga ibunya yang sakit kanser.

Surya dibu.nuh oleh rakan perempuannya yang sebaya, dicederakan di bahagian muka dan badan. Pergelangan tangan kirinya hampir putus. Siapa sangka tertuduh ini masih muda? Siapa sangka kes ini di Malaysia?

Kalau kita bergaduh dengan kawan pun, tidak tergamak langsung hendak mencederakan pun, terutama dikalangan wanita. Segelintir remaja di Malaysia sekarang, lain macam. Hendak berikan ‘benefit of the doubt’ pun saya bimbang.

Saya terbaca bahawa tertuduh kes bunuh Nur Surya ini memang suka menonton jenis filem seram. Kalau di USA, kes pembu.nuhan oleh remaja memang banyak. Sehinggakan ada siri dokumentarinya sendiri.

Misalnya Killer Kids, Lost for life dll.

Kes pembu.nuhan Cassie Jo Stoddart. Kedua-dua pembu.nuh adalah rakan sekelas mngsa. Pembu.nuh gemar menonton cerita seram seperti Scream dan sangat mengidolakan pembun.uh bersiri. Sebelum

kejadian mereka selalu merakam video berkenaan rancangan untuk melakukan pembun.uhan dan selepas pembunu.han mereka mengambarkan perasaan teruja mereka. Gila!

Di USA, banyak jenayah pembu.nuhan juga kerana ‘copycat crime’. Kadang-kadang saya terfikir juga, kenapa di USA terlalu banyak kes bun.uh oleh remaja terhadap ibu bapa, rakan-rakan. Tembak-menembak ‘mass shooting’ di sekolah itu juga kerap terjadi. Sehingga mengorbankan ramai angsa. Negara yang terlalu bebas. Media bebas, keganasan bebas, senjata mudah diperolehi. Adakah ini ‘harga’ arus kemodenan?

Sama juga di negara kita, yang semakin hari semakin bebas semuanya. Kalau saya baca kes-kes jenayah remaja di Malaysia dalam jurnal laporan kes mahkamah melibatkan kes bu.uh, romp4kan bersenj4ta, rog00l berkumpulan. Pendapat saya, anggapan bahawa semua kanak-kanak itu ‘innocent’ tidak lagi relevan untuk melakukan jenayah berat.

Bila saya sebut kanak-kanak, saya ikut tafsiran Seksyen 2 iaitu seseorang yang berusia 18 tahun ke bawah. Jadi saya faham kebimbangan si ibu yang berkongsi tentang kisah anaknya yang dibuli di asramanya.

Saya juga boleh jadi takut, paranoid dan seram. Siapa sangka, seseorang itu boleh bertindak di luar jangkaan. Mula saya baca kronologi, saya jangkakan pelajar lelaki. Rupa-rupanya perempuan, bila melihat gambar-gambar.

Sebagai ibu bapa, kita dengar aduan anak kita dan ambil tindakan seperti si ibu ini. Ada sesetengah hal, kerana kita terlalu diamkan dan terjadi sesuatu tanpa kita sangka.

Saya berharap, pihak sekolah tidak ambil hal-hal pembulian sebagai sesuatu yang tidak serius dan perlu ada langkah segera. Jangan sampai sehingga jadi ikutan dan barah.

Oleh Nor Zabetha

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.