Uncategorized

Dakwa Alami Gangguan Sejak Peluk Islam, Pelakon Indonesia Pilih Keluar Agama

Pelakon Indonesia Marcella Simon mengejutkan ramai pihak selepas dikatakan telah murtad, dan kembali memeluk agama asalnya iaitu Kristian.

‘Hampir temui ajal’

Foto: Instagram Marcella Simon

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Marcella, 32 tahun telah berkongsi gambar dia kembali memeluk Kristian melalui upacara baptis yang dijalankan seorang paderi.

Perkongsian Marcella itu menerima pelbagai reaksi warganet termasuk rakan selebriti yang mempersoalkan keputusan selebriti itu. Marcella Simon bagaimanapun memaklumkan dia mengalami masalah mental sejak memeluk islam sekitar tiga tahun lalu.

Selepas tiga tahun (memeluk islam) saya hampir menemui ajal.

Meskipun ada warganet yang kurang senang dengan keputusan tersebut kerana dianggap seolah-olah agama Islam dipermainkan, namun masih ada yang berdoa agar Marcella Simon diberikan hidayah.


Terdahulu, Marcella telah memeluk agama Islam, pada 2019.

Tapi lain pula dengan kisah penyanyi ini..

Penyanyi Kembali Peluk Islam Selepas 13 Tahun Murt4d – “Hati Saya Tak Tenteram, Kalau Meningg4l Dunia Nanti …”

Selepas 13 tahun murtad, penyanyi Indonesia, Nania Yusuf kembali menjadi seorang muslim selepas melafazkan kalimah syahadah ketika Aidilfitri lalu.

Nania, 38, yang juga bekas peserta Indonesian Idol keluar dari agama Islam dan memeluk agama Kristian pada 2009.

Memetik laporan media tempatan, penyanyi itu mendakwa telah mendapat hidayah dan takut akan pengakhiran hidupnya.

“Sejak kebelakangan ini hati saya berasa tidak tenteram. Saya tertanya-tanya jika meninggal dunia nanti, bagaimana saya akan diuruskan? Siapa yang akan mendoakan saya.

“Keluarga saya semuanya Islam. Mereka memang menentang keras keputusan saya menganuti agama Kristian. Walaupun akhirnya mereka berkata okey, namun saya tahu hati mereka tidak tenteram,” ujarnya.

Kata Nania, dia juga takut jika ibunya meninggal dunia nanti, wanita itu tidak mengampunkan dosanya selain kehilangan restu dan doa.

Sumber: Instagram Marcella Simon

Leave a Reply

Your email address will not be published.