Uncategorized

Imej terbaru dianggap ‘over’, rumanya ini umur terkini Puteri Balqis. Memang muda lagi

TINDAKAN Puteri Balqis memuat naik gambar dirinya mengenakan pakaian mencolok mata menerusi beberapa hantaran di Instagram membuatkan peminat melahirkan kebimbangan terhadap imej s3ksi pelakon itu.

Apatah lagi pemilihan pakaian yang dibuat dilihat tidak sesuai untuk seorang remaja berusia 15 tahun.

Menerusi satu hantaran di laman sosial itu, Puteri Balqis atau Puteri Balqis Azizi menggayakan crop top berwarna biru laut yang mendedahkan sebahagian tubuhnya dan dipadankan dengan seluar kakis berwarna krim yang dilondehkan sehingga menampakkan sebahagian boxer dipakai.
Tidak hanya itu, dalam hantaran lain, Puteri Balqis mengenakan gaun pendek tanpa lengan dengan potongan paras betis yang cukup s3ksi.

Puteri Balqis memang gemarkan fesyen.
Menyedari gambar-gambar dimuat naik berkenaan menjadi perhatian, Puteri Balqis telah menutup ruangan komen bagi mengekang netizen berhujah dan mengecam dirinya.

Ini bukan kali pertama Puteri Balqis terpalit dengan isu fesyen malah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Televisyen Asia 2014 ini cukup terbuka mempamerkan seleksi fesyen di laman sosial.

Malah pelakon berbakat besar ini, gemar mengekspresi dirinya dalam pelbagai gaya termasuk gaya gotik dan misteri.

Tidak hanya itu, Balqis turut terlibat dalam menjayakan persembahan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) yang berlangsung minggu lalu dengan memperagakan jenama Neonate pada acara itu.

“Gembira untuk peragaan pertama saya,” tulisnya ringkas di Instagram.

Sementara itu, rata-rata netizen turut terkejut dan menyatakan rasa kurang senang apabila melihat imej Puteri Balqis di media sosial.
Pelakon berbakat besar ini turut gemarkan imej gotik.

Ada mencadangkan agar pelakon itu membeli pakaian bersesuaian dengan umurnya.
“Dah tiba masanyta adik beli baju baru, adik dah makin besar, baju lama dah tak muat,” ujarnya seorang netizen secara berseloroh.

Segelintir netizen turut mendoakan agar Puteri Balqis lebih peka terhadap pemakaiannya kerana imej itu bukan sahaja seksi tetapi boleh mengundang bahaya.
Sebelum ini dunia hiburan kecoh dengan kisah Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang muncul dalam program Bersamamu di TV3 pada 2020.

Menerusi program itu, Puteri Balqis berkongsi tentang kesempitan hidup yang terpaksa dilalui.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.