Hiburan

Lelaki Misteri’ Muncul Tiba2 Masa Bossku Sampai, Ini Yang Dia Cakap Sampai Kena Halau

KUALA LUMPUR – Suasana di pekarangan mahkamah lengang dengan ketiadaan kelibat penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak setakat ini, pukul 10.50 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

Siri-siri kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke mahkamah sebelum ini dibanjiri dengan penyokongnya menunggu keputusan di luar mahkamah sebagai tanda sokongan.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan hari ini merupakan kali pertama Najib muncul di mahkamah selepas menjalani hukuman penjara selama dua hari di Penjara Kajang.

Kemunculan Najib adalah bagi menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Selain hari ini, esok Najib sekali lagi akan dibawa daripada penjara ke Mahkamah Tinggi di sini bagi menghadiri perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang.

Seorang lelaki tidak dikenali ditahan polis selepas membuat kecoh di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika perbicaraan kes 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

Lelaki misteri buat kecoh ketika perbicaraan kes Najib

Seorang lelaki tidak dikenali membuat kecoh apabila meninggikan suara di pekarangan mahkamah ketika sedang berlangsungnya perbicaraan kes 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kekecohan dan provokasi yang dibuat itu berlaku sekitar pukul 12.10 tengah hari dan kemudiannya ditahan polis bagi mengawal semula keadaan sebelum diiring keluar daripada kawasan mahkamah.

Difahamkan dia turut melakukan kekecohan di dalam kompleks mahkamah sebelum dihalau keluar dan melakukan kecoh di luar mahkamah.

Penyokong setia Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Said Nazar Abu Bakar yang turut berada di mahkamah menyatakan, lelaki tersebut yang tidak dikenali identitinya itu pastinya bukan dari kalangan penyokong Najib.

“Berbeza dgn jadual harian ‘Bossku’-Yana Dedah Keadaan Najib Masa Dlm Penjara Kajang

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membiasakan diri dengan rutin baharunya di Penjara Kajang yang sama sekali berbeza dengan jadual terdahulu.

Perkembangan terkini itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa menerusi aplikasi Instagram Story miliknya lewat malam tadi.

Menurut Nooryana Najwa, bapanya dalam keadaan sihat, malah, semangat perjuangan juga masih kuat walaupun selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Katanya lagi, semalam wakil daripada barisan peguam dapat berjumpa bapanya di penjara.

“Keperluan asas daddy diberikan dan beliau sedang membiasakan diri dengan rutin baharu – berbeza dengan jadual harian ‘Bossku’ yang sentiasa padat.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana mengambil berat keadaan beliau. Kami sangat menghargai keprihatinan anda,” katanya.

Semalam, Nooryana Najwa memuat naik pesanan bapanya yang mahu mereka sekeluarga meneruskan perjuangan.

Katanya, dia sekeluarga di samping penyokong akan membuat yang terbaik bukan sekadar untuk Bossku tetapi juga untuk Barisan Nasional (BN), UMNO dan rakyat.

Menurut Nooryana Najwa, dia sekeluarga akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi bertemu bapanya yang terlibat dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Bagilah ketenangan najib kat dalam,selama ni hidup dia celik mata jumpa rakyat,skrg buka mata jumpa warden”-komen seorang netizan

kredit: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.