Uncategorized

‘Mama cakap dia nak tengok saya gembira’-Shuib Akhirnya Beritahu Status Hubungan Dgn Sharmila

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Wan Sharmila dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak dan usahawan terkenal iaitu Shuib. Perkara tersebut dipercayai mula menjadi bualan hangat netizen selepas video Wan Sharmila memanggil ibu kepada pelawak itu dengan gelaran ‘Mama’ tular di media sosial.

‘Dia tak lebih daripada kawan industri’

Susulan daripada itu, Shuib tampil menjelaskan mengenai status hubungannya bersama Wan Sharmila. Menurut Shuib, dia dan Wan Sharmila hanyalah sekadar kawan sekerja sahaja dan tidak lebih daripada itu. Jelasnya lagi, sebelum ini juga dia sudah beberapa kali bekerjasama dengan pelakon berusia 41 tahun itu.

Dia tak lebih daripada kawan industri (rakan berkerja di bidang sama). Dengan Wan Sharmila kami pernah ‘shooting’ sekali Sepahtu Reunion. Mengenali dia secara peribadi, baik orangnya, comel, pandai bawa diri dan pandai jaga diri. Kawan industri saja, sekali dua saja pernah bekerja sekali. Jadi ia lebih pada kawan macam tulah.

Bukan kawan rapat atau selalu bekerjasama tak, tapi lebih pada kawan industri. Suka juga tengok dia sebab dia pandai bawa diri.

Tambah Shuib lagi, ibunya merupakan peminat Wan Sharmila dan teruja apabila berjumpa pelakon itu buat pertama kali di majlis tahlil pemergian arwah Siti Sarah.

Kebetulan tempoh hari Makder (ibu tiri Siti Sarah) menjemput Wan Sharmila datang, jadi dia teruja nak jumpa dan pertama kali nak jumpa berdepan. Itu yang ada video dan gambar.

‘Mama cakap dia nak tengok saya gembira’

Apabila ditanya mengenai jodoh, pelakon berusia 38 tahun ini akui ada berbincang dengan keluarga dan ibunya menyerahkan segalanya kepada Shuib dan apa yang dia mahukan hanyalah anak lelakinya itu bahagia.

Kalau nak cerita bab jodoh, memanglah kita ada bincang dan borak-borak dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan mama, tapi macam yang mama cakaplah dia memang nak tengok anak dia gembira saja.

Jadi, dari segi bab pengganti atau sekarang ini saya berkawan dengan siapa atau pilihan itu siapa, insya-Allah, mama memang serahkan kepada saya. Dia punya motif itu saja nak tengok anak dia bahagia dan gembira.

Terdahulu, gambar yang dikongsikan ibu Shuib iaitu Salamiah bersama kapsyen ‘biar gambar berbicara’ menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya mengenai status mereka berdua. Malah ada di antara netizen bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwah Siti Sarah sebagai isteri Shuib.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.