Amalan

“Memula memang DS Najib pergi ke Kajang tapi..”-Ramai Pelik Kenapa Najib Tdk Ke Penjara Sg Buloh, Ini Penjelasannya

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Penjara Kajang di sini, pada 6.47 petang tadi bagi menjalani hukuman.

Ketibaan kenderaan yang membawa Najib di penjara berkenaan dikawal ketat dan diiringi beberapa kereta peronda polis.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata selepas meneliti bukti, hujahan dan rekod-rekod rayuan, adalah didapati petisyen rayuan Najib tidak mempunyai merit.

Tengku Maimun yang mengetuai barisan lima panel hakim memutuskan menolak permohonan rayuan Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi yang diputuskan pada 28 pada Julai 2020.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana hakim mengarahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Dalam pada itu, ramai tertanya-tanya mengapa Najib di bawa ke penjara kajang, bukannya sungai buloh. Berikut perkongsian menarik dari dari seorang netizan Azlina Abdul Aziz

“Memula memang DS Najib pergi ke Kajang tapi nanti transfer ke Sg. Buloh. Masuk Penjara Kajang pun duduk dalam Block rawatan dulu bukan duduk sama macam banduan biasa ni. Kalau bercampur macam banduan biasa makcik rasa 7 keturunan trauma.

“Haritu ada satu tahanan kes 302kk dijatuhkan hukuman 17 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memula dia dihantar ke Penjara Kajang kemudian transfer ke Penjara Sg. Udang Melaka untuk menjalani hukuman.

“Makcikmanis tak tahu clear cut cerita tapi kalau tanya budak-budak yang familiar dengan penjara ni, jika penjawat awam dijatuhkan penjara.. diaorang ni akan ke Penjara Sg. Buloh dan selalunya diaorang diberi kerja. Sebagai contoh kes UPNM pun menjalani hukuman di Penjara Sg. Buloh instead of Kajang. Pegawai Polis ke tentera ke selalunya dihantar ke Sg. Buloh.

“Tapi yelah takan DS nak dimasukkan ke penjara Kajang.. takan nak biar bercampur bersama dengan banduan hayat ke banduan seumur hidup. Allah Knows Best apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

“Kita yang diluar ni ambillah pengajaran lagi-lagi kita sebagai isteri bila tengok suami tu belanja atau ada duit banyak semacam.. cubalah tanya. Jangan kita pulak sama mengalakkan. Dan janganlah kita jadi isteri yang menyerabutkan kepala suami.. nak itu nak ini mengikut nafsu nak kereta laju nak kereta sukan nak kereta boleh isi ramai orang.. tapi laki keje gaji RM5K sebulan. Lihatlah apa yang berlaku depan mata kita sekarang, terlalu ramai orang kena dakwa di bawah pertuduhan pecah amanah.

Penjara Kajang is better untuk family datang melawat

“Kalau tanya makcik, Penjara Kajang is better untuk family datang melawat. Memula register di tempat pendaftaran yang ditepi pintu gerbang penjara. Dah settle then drive sikit dah sampai tempat jumpa.

“Tempat menunggu dan tempat jumpa kira open air sikitlah cuma Penjara Kajang ni kan Penjara yang lama, kalau tanya orang-orang yang pernah masuk penjara.. diaorang prefer Penjara Sg. Buloh sebab conditions nya lebih baiklah bukan sebab selesa tapi bangunan baru kan.

“Penjara Kajang kalau korang lalu nak ke highway LEKAS tu, kita boleh nampak betapa berkulatnya bangunan penjara tu. Namun, makcik percaya yang DS Najib takdelah dilayan macam banduan biasa-biasa ni..

“DS Najib bukan boleh ‘payung besar’ ‘payung emas’ pun boleh.. Makcik rasa DS Najib nak order nasi briyani bukan kata satu block penjara tapi untuk seluruh penghuni penjara pun mampu.

“Disebalik berita buruk bagi keluarga DS Najib tapi mungkin satu rahmat untuk banduan-banduan di Penjara Kajang kerana ‘suara’ mereka tidak didengari..makan nasi dengan ikan berulat itu biasa.. Makcik rasa kucing-kucing kepada certain orang pun makan lagi sedap dari makanan di penjara. Mungkin DS Najib boleh membuat sesuatu untuk membela nasib banduan-banduan yang sudah sekian lama tidak dipedulikan.

“Dulu, masa DS Anwar Ibrahim ditahan di Penjara Sg. Buloh, para banduan meletakkan harapan juga apabila beliau dibebaskan… tapi malangnya.. janji tinggal janji kan, itu biasa untuk orang politik. Makcik tak rasa para banduan meminta untuk dilayan tip top tapi basic human rights pun tak lepas. Pernah ada beberapa pegawai penjara dari UK interview banduan reman di Penjara Sg. Buloh dan diaorang terkejut bila mengetahui masa yang diperuntukkan untuk berjumpa ahli keluarga ialah 20 minit walaupun kononnya peruntukkan ialah 45 minit.

“Untuk banduan ‘foreigner’ lagi haru. Hanya foreigner boleh jumpa tahanan foreigner. Untuk Malaysian berjumpa tahanan foreigner kena minta kebenaran dari pihak penjara terlebih dahulu melalui email.

“Untuk ahli keluarga, tunggu lah bertahau 3-4jam(Penjara Sg. Buloh sebelum covid) untuk jumpa suami ke anak ke adik ke abang ke yang direman di Penjara Sg. Buloh tu. Neraka untuk tahanan neraka juga ahli keluarga.

Makcik kerja di penjara ke?

“Terima Kasih PM makcik beritahu suka baca status makcik, ada yang tanya makcik kerja di penjara ke?. Makcikmanis hanya berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman. Budak kampung macam makcik ni.. bercampur dengan pelbagai golongan masyarakat. Makcikmanis berkawan je asalkan tak menyemakkan hidup makcik.

“Ada orang tanya tentang Penjara Perempuan. Ermm.. so far makcik pernah sekali je visit saudara di penjara perempuan Kajang. Sebelum tu, untuk tahanan reman bagi perempuan mereka akan di hantar ke

“Penjara Kajang tapi kalau tahanan reman lelaki diaorang akan ke Penjara Sg. Buloh sebab Penjara Kajang untuk banduan jalan hukum saja tak silap makcik. Makcik pernah baca buku cerita yang ditulis seorang banduan wanita warganegara Australia yang so called dianiaya oleh teman lelakinya untuk membawa dadah. Dia ada tulis buku cerita pengalaman dia hidup di penjara memang horror lah. Dan kalau tanya makcik, Makcik prefer berurusan dengan kakitangan penjara lelaki lagi dari perempuan.. sebab perempun ni angin ribun taufan susah nak jangka.. kang cakap meninggi semacam dah macam kita pulak yang bersalah padahal orang nak melawat je, kakitangan lelaki baik di Penjara Sg. Buloh or Penjara Kajang okay je tapi warden makcik taktahulah sebab makcik takdelah masuk kedalam.

“Tahanan muda pun di Penjara Kajang tapi takdelah bercampur dengan orang dewasa. Dulu ada satu sekolah untuk tahanan muda bersekolah/belajar dan rasanya ada je Sekolah Integrity(tak silap namanya) tahanan muda yang menjalani hukuman di penjara kajang ni selalunya Tahanan Limpah Sultan yang tiada tarikh bebas. TLS ni sebab mereka ni tidak boleh dihukuman mati kerana bawah umur yang lain-lain mereka akan ke Sekolah Henry Gurney dan sewaktu dengannya.

KREDIT: Azlina Abdul Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published.