Hiburan

“Saya tak kisah pun”- Neelofa Buat Tak Tahu Terima ‘gift’ TikTok, Sekali Kena Tegur Dgn Suami

Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menjadi bualan netizen apabila dia tidak menghiraukan pemberian hadiah daripada peminatnya mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @partnernunha di laman TikToknya, kelihatan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail sedang membuat live di TikTok bersama pengikut mereka, semalam.

Dalam rakaman tersebut, Neelofa bertanyakan pendapat kepada pengikutnya sama ada produk kecantikan yang ingin dikeluarkan akan memberi manfaat atau sebaliknya kepada syarikat.

Ketika leka meluahkan rasa yang dialaminya, salah seorang pengikutnya telah memberi hadiah Swan namun, tidak diendahkan oleh selebriti kelahiran Kelantan itu sebelum ditegur oleh suaminya sebanyak dua kali untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat tersebut.

Tak hargai ke hadiah daripada peminat tu?

Susulan itu, respon yang ditunjukkan oleh Neelofa telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen dan menyifatkan dia tidak menghargai pemberian hadiah daripada peminat.

Nak keluarkan skincare pulak?

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut mempertikaikan keputusan Neelofa untuk melancarkan produk kecantikan dibawah syarikatnya meskipun dia sebelum ini pernah dikatakan ‘tikam belakang’ para stokis dan ejen inai Nunha keluarannya.

Bagaimana TikToker Menjana Pendapatan?

Ketika ini, TikTok boleh dikatakan sebagai aplikasi telefon pintar paling popular di media sosial.

Ia merupakan satu platform yang membolehkan pengguna menghasilkan dan berkongsi video pendek mereka melakukan lip-sync, menari, bermain alat muzik, komedi dan macam-macam lagi.

Dilancarkan oleh ByteDance pada tahun 2017, TikTok telah mengalami lonjakan populariti dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, TikTok adalah aplikasi yang paling banyak dimuat turun di A.S. tahun lalu dan kini mempunyai lebih daripada 500 juta pengguna aktif yang menggelarkan diri mereka sebagai “TikToker”.

Satu kajian oleh GlobalWebIndex mendapati bahawa 41% daripada pengguna TikTok berusia di antara 16 dan 24 tahun.

Generasi ini yang juga dikenali sebagai julat atas Generasi Z, adalah khalayak yang sangat menguntungkan yang sangat cenderung memberikan sambutan tinggi terhadap kandungan di media sosial.

Bagaimana TikToker buat duit?

Terdapat beberapa cara untuk menjana pendapatan sebagai TikToker.

Cara terbaik dan paling mudah adalah membuat perjanjian iklan dengan jenama dan melalui “hadiah” secara langsung dari pengguna.

Kedua-dua kaedah ini memerlukan masa yang khusus dan waktu bekerja yang konsisten, jadi hanya pengguna yang betul-betul bersedia dan mampu menghabiskan masa mereka sahaja yang akan mendapat pulangan.

Pengguna TikTok yang biasanya tawaran daripada pengiklan adalah mereka yang betul-betul terkenal.

Menurut Influencer Marketing Hub, video-video berjenama boleh memberikan pendapatan yang tinggi kepada TikToker, sekitar RM800 hingga RM80,000.

Dengan menghasilkan video yang mempromosikan jenama-jenama, bercakap secara langsung mengenai jenama, memakai pakaian mereka, menjual dan membuat unboxing, pengguna TikTok mampu menjana pendapatan lumayan.

hadiah di tiktok

Sesetengah TikToker juga menerima “hadiah” wang daripada peminat-peminat mereka. Sebaik sahaja TikToker bersiaran langsung yang mana memerlukan mereka mempunyai 1,000 pengikut, peminat-peminat mereka boleh menonton siaran langsung dan memberikan hadiah.

Untuk membeli hadiah, pengguna boleh membeli “syiling” dalam aplikasi ini. Syiling ini berharga dari RM4 untuk 100 syiling, kepada RM400 untuk 10,000 syiling.

Pengguna kemudiannya menggunakan syiling ini untuk membeli “hadiah” yang merangkumi nilai wang.

Untuk memberi hadiah, pengguna hanya perlu klik “Beri Hadiah” di bawah siaran langsung tersebut, dan perlu memilih hadiah mana yang mahu diberikan.

Satu lagi cara untuk menjana pendapatan di TikTok adalah dengan mengambil kesempatan ke atas platform YouTube.

Ramai TikToker yang berkongsi video-video terbaik mereka ke Youtube untuk mendapatkan tontonan yang lebih ramai.

Memandangkan sistem pengiklanan YouTube yang mapan, ia jauh lebih mudah untuk mendapatkan pulangan kewangan bagi kandungan popular berbanding TikTok.

Berapa banyak pendapatan TikToker?

Disebabkan oleh usia TikTok yang masih “muda”, kita masih belum mempunyai statistik yang benar-benar kukuh. Walaubagaimanapun, sesetengah TikToker popular mempunyai berpuluh-puluh juta pengikut dan telah menjana pendapatan yang sangat lumayan.

Mereka ini menghasilkan wang melalui pelbagai cara, yang mana kebanyakannya bukanlah melibatkan TikTok sepenuhnya. TikToker popular mencari cara untuk menghantar peminat-peminat mereka ke profil media sosial yang lain.

TikToker yang paling terkenal pada ketika ini iaitu Loren Gray dilaporkan mempunyai nilai kekayaan sekitar RM 1.2 juta. Loren yang masih remaja menjana pendapatan dengan menghubungkan laman TikTok, Instagram dan YouTube miliknya.

Seorang lagi TikToker popular iaitu BabyAriel memiliki anggaran kekayaan hampir RM 4 juta dengan menggunakan platform berkenaan untuk menjual barangan berjenama.

Sumber: TikTok @partnernunha, https://iluminasi.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.