Hiburan

Seramai 40 Penyanyi Rock Lejen Mesyuarat Bincag Pasal Aliff Syukir. Akhirnya Ini Keputusan Yg Di Capai

Sekumpulan penyanyi R0ck Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Datuk Awie sebelum ini yang menganggap kemunculan lagu baharu usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Baby Sayang sebagai perosak industri muzik tempatan.

Penyanyi Aris Ariwatan berpendapat kerajaan perlu mewujudkan kembali panel penilai industri muzik seperti mana yang pernah mereka lalu suatu ketika dahulu.

“Kita faham apa yang berlaku disebabkan transformasi semasa namun bagi saya kerajaan perlu wujudkan kembali panel penapisan lagu seperti mana yang pernah kami lalui suatu ketika dahulu.

“Kalau dahulu suara sumbang atau susunan muzik salah memang tak boleh keluar radio atau dimainkan di mana-mana. Jika panel itu kembali wujud, saya percaya ada kawalan terhadap industri muzik.

“Kami sokong dengan pandangan Datuk Awie agar tidak wujud ‘pel4cur’ dalam industri. Saya dengar sendiri nyanyian Aliff Syukri, memang sumbang,” katanya.


Aris berkata demikian dalam satu sesi kongsi pandangan bersama rakan rakan penyanyi r0ck yang dilakukan secara atas talian pada malam Isnin.

40 penyanyi rock sokong kenyataan Awie industri muzik ‘dil4curkan’ orang tiada jiwa seni, minta panel penapisan kembali diwujudkan

Lebih 40 penyanyi rock tempatan menyatakan tanda sokongan terhadap kenyataan dibuat Awie baru-baru ini termasuk Baggio, Ringgo Arrow, Isa Graviti, Zack kacamata, Afee, Rose Sher0x, Izam Eye, Rahmat Tohak, Wom UG1411 dan JoeyBPR.

Tidak ketinggalan Yazid Sejati, Azman Terlena, Burn Meditasi, Rom Amija, Isa Handy Black, Yantzen, Azul Fair, Shafie Rio, Atan Aryan dan Boy Mercury.

Turut menyatakan sokongan adalah Jereen Okay, Nizam Laksamana, Amir Ukays, Yann Keno, Zahruddin, Acong Sweetchild, Alim Kris, Rahmat Ekamatra, Ali XPDC, Nk Putra dan Amy Grand.

Dalam pada itu, Aris berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius kerana dalam apa juga bidang itu mempunyai kaedah dan adab tersendiri.

Aris turut memberitahu, sekiranya Aliff ingin bergelar penyanyi, usahawan itu dinasihatkan untuk memperbetulkan cara nyanyiannya terlebih dahulu dan bukan menjadi jalan mudah.

“Perbetulkan cara nyanyian dulu dan jangan ambil jalan mudah! Sekurang-kurangnya nyanyian tak sumbang,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Ac0ng Sweetchild pula memberitahu jika situasi terus berlaku ia akan menjadi per0sak dalam industri.

Disebabkan kemunculan penyanyi yang mengambil jalan mudah, ia sedikit sebanyak menjejaskan artis lama atau pun baharu yang beria-ia memperjuang kan karya masing-masing.

“Apa bila tidak wujud sebarang penapisan, mana-mana peniaga pr0duk seperti Aliff b0leh buat sesuka hati mereka. Benda mengarut begini memang ramai 0rang suka dan sebab itu jadi trending.

“Kalau benda tak sihat ini berlaku, apa nak jadi dengan penyanyi yang berhempaas pulas dalam kerjaya mereka? Kami se0lah 0lah dit0lak ke tepi,” ujarnya.

Bagi Yantzen pula, penyanyi itu senada dengan rakan-rakannya selain percaya ‘permainan’ wang yang dilakukan 0leh sesetengah pihak seakan akan membenarkan masalah dalam industri berlaku.

“Saya sudah rasa naik turun dalam industri ini. Memang terkilan apabila perkara sebegini berlaku.

“Transf0rmasi dan permainan wang menjadi masalah dan mengizinkan isu sebegini terjadi,” ujarnya.

Sebelum ini, Awie menerusi lap0ran m.St4r meluahkan rasa kesal dan menganggap industri seni ‘dilacurkan’ 0leh segelintir usahawan yang cuba memasuki industri hiburan dengan bergelar penyanyi.

Kata Awie, industri muzik kini r0sak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyi kan 0leh sese0rang tiada bakat.

SUMBER:MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published.