Uncategorized

Sering ingatkan tentang menutup aurat, Usop syukur isteri akhirnya bertudung tapi ada perkara buat dia bimbang

USAHA penyanyi Usop yang sering mengingatkan kepada isterinya, Nur Fatihah Md Hashim tentang kewajipan menutup aurat akhirnya berhasil apabila wanita itu mula mengenakan tudung.

Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, berkata, sebagai suami dia bersyukur dengan perubahan Nur Fatihah yang sebelum ini hanya mengenakan turban.

“Sekitar empat bulan lalu saya pernah cakap kepada isteri, jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup aurat. Seja daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.

“Saya terharu apabila isteri berusaha ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai… Awal dahulu dia hanya pakai turban dan sekarang sudah bertudung penuh,” katanya kepada mStar.

Usop bangga dengan perubahan isterinya kini.

Usop sebelum itu berkongsi video imej terbaharu Nur Fatihah di Instagram.

Dalam pada itu, Usop berkata, meskipun gembira dengan perubahan isteri namun ada perasaan bimbang di hatinya sekiranya isteri diuji dan memilih untuk kembali membuka aurat suatu hari nanti.

Sebagai suami, Usop sentiasa mendoakan agar hati Nur Fatihah sentiasa kuat dan tidak berbolak-balik dalam kekal istiqomah untuk mencari keredaan Allah.

“Gembira tetapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana khuatir terkena pada batang hidung sendiri.

Gambar-gambar di media sosial tanpa bertudung pun akan saya padam. Cuma ambil masa sedikit sebab terlalu banyak

“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma mengambil sedikit masa disebabkan terlalu banyak,” jelasnya.
Sementara itu, Usop dan Nur Fatihah yang mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu bakal menyambut kelahiran anak pertama mereka tidak lama lagi.

Usop dan Fatihah bakal sambut kelahiran anak pertama.

Dalam keterujaan bergelar bapa, Usop juga kini sedang sibuk menguruskan perniagaan kosmetik yang diusahakan bersama isteri tersayang.

“Alhamdulillah usia kandungan isteri sekarang sudah memasuki tujuh bulan dan kami berdua memang teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulung dan mengharapkan agar semua urusan berjalan lancar.

“Sekarang kami agak sibuk dengan perniagaan kosmetik yang baru sahaja diusahakan, jadi perlu bahagikan masa sebaik mungkin supaya isteri tidak terlalu penat bekerja,” jelasnya.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.