Uncategorized

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi, apa yg dia buang atas pentas tarik perhatian ramai

Kuala Lumpur: Aksi penyanyi Shila Amzah mengeluarkan gula-gula dari mulut dan membuang di pentas sempat dirakam kamera ketika dia membuat persembahan menyanyikan lagu Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di TV2, semalam.

Video itu kemudiannya dikongsikan pengguna di aplikasi TikTok hingga mendapat pelbagai maklum balas.

“Bila ko (kau) lupa nak buang gula-gula masa ‘perform’ dan kali ni terbang ya gula-gula tu. Bertabahlah abang yang kutip tu,” tulis pengguna Yazid Yacob.

Hantaran video itu sudah mencecah lebih 250,000 tontonan, lebih 2,900 tanda suka dan lebih 100 komen.


Pengguna sama juga turut memuat naik video penuh persembahan Shila bagi memenuhi permintaan seorang pengguna lain yang bertanya mengenai perkara itu.

Perkara itu bukan kali pertama Shila dilihat melakukan aksi itu kerana kali pertama ia dapat dirakam ketika peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 tahun lalu.

“Hari tu rasanya dia juga buat macam tu. Lain Kali pegang genggam je la dulu. Tak payah buang merata macam tu. Kalau kena ke gula getah tak kah naya orang terpijak,” tulis ciknurullpompom.

“Semi final yang lepas, lagu Pelukan Angkasa tu pun sama. Adui perangai,” tulis Idrul Nafiz.

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.