Hiburan

“Tu Kan Anak Dia, Biarlah..”- Garang Ketika Ajar Anak Mengaji, Cara Johan Buat Ada Netizen

BARU-BARU ini, menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada Johan, Ozlynn mendedahkan gaya yang ditunjukkan oleh suaminya ketika mengajar anak-anak mengaji.

Menerusi beberapa keping gambar dan video yang dimuat naik, Johan dilihat memberi tunjuk ajar kepada anak-anaknya dengan nada suara yang berbeza.

Adakala suara Johan kedengaran tegas dan adakalanya ditinggikan.

Menerusi ruangan kapsyen, Ozlynn menulis yang selama ini, ramai yang ingin menghantar anak mereka belajar mengaji bersama Johan.

Offer diri

“Nampak macam bestkan? Bila post gambar atau video papa ajar mengaji. Semua sibuk nak hantar anak dekat papa (Johan) untuk ajar mengaji. Siap ada yang offer diri juga… yang tua pun nak mengaji tapi nak papa ajar. Berani ke?

“Tengoklah dan telitilah setiap video dalam ni semua ok. Sebagai seorang isteri yang selalu diajar juga… sangat enjoy tapi papa tegas nak mampuiih. Takut kalau bab mengaji atau harfiah dia ajar. Tak ada nego ya, rotan tetap dekat tangan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen di Instagram, rata-rata memberikan respons positif dan bersetuju dengan gaya pengajaran yang diterapkan oleh Johan.

Begitupun, lain pula kisahnya di Twitter. Ramai yang mengkritik ketegasan Johan itu dan menasihati supaya tidak menggunakan kekerasan sewaktu mengajar.
Emosi

“I can feel the emotional heartbreak. Tiba-tiba rasa nak menangis sekali. Parents, pleaselah jangan marah macam ni dengan anak-anak, terutama masa didik agama. Tak kisahlah lepas tu kau minta maaf, hug, belanja makan ke apa. Kesan emotional breakdown tu boleh stay tak tau berapa lama.”

“Kenapa kena ajar mengaji garang-garang? Serious curious dari dulu. Kalau sebab nak bagi cepat tangkap macam tak make sense. Masa saya dekat tadika dulu, ustazah ajar baik-baik dan kalau salah cuma kena tegur, elok je saya cepat catch up, 5 tahun dah habis Iqra’ dan start Al-Quran. So what is the reason?”

Namun, ada juga yang menegaskan bahawa ketegasan ketika pembelajaran mampu menjadikan pelajar itu lebih serius.
Serius

“Ada sebab kenapa orang ajar mengaji dalam keadaan pressure macam ni. Kalau tak dimarah, budak akan rasa benda tu tak serius. Bila dah serius dia akan mengaji betul-betul. Bila dah betul, kuranglah kena marah.

Sumpah teringat kenangan belajar mengaji dengan arwah atok.

“Elok lagi ni ayah sendiri yang ajar. Zaman aku kena hantar mengaji dengan tok yang garang. Aku mengaji kat luar, tok duk jerit dari dapur.”

Video ini bukan sahaja mendapat pelbagai reaksi di laman Instagram, malah di Twitter pula ramai yang mengkritik ketegasan Johan dan menasihati supaya dia tidak begitu garang ketika mengajar.

Bukan itu sahaja, ada juga guru mengaji yang berkongsikan satu doa untuk diamalkan oleh guru-guru mengaji atau mak ayah yang ingin mengajar anak-anak supaya mudah memahami.

*Apa yang penting adalah untuk hormat cara didikan ibu bapa kerana lain orang lain caranya. Mesti anda ingat juga bahawa pada zaman kecil, datuk di kampung juga menggunakan cara yang garang supaya tak silap maksud bila mengajar cucu mengaji kan?

Berita asal disiarkan di Gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.