Uncategorized

Tunku Idris Kecewa Kereta Miliknya Digeser. Rakman CCTV Tunjuk Siapa Pelaku

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berasa kecewa selepas sebuah kereta jenis BMW telah melanggar kereta kesayangan miliknya.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku hari ini di sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi, Johor Bahru dan perkara itu dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi miliknya.

Terdapat juga rakaman CCTV yang menunjukkan insiden yang berlaku pada 2.17 petang itu ketika pemandu BMW yang bernombor pendaftaran Singapura itu ingin memasuki parkir.

Laporan polis mengenai kejadian itu telahpun dilaporkan di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan dan tindakan seterusnya akan diambil selepas siasatan nanti.

Kredit: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.