Entertainment

“I dont like this and him” – Pernah Bekerja Bersama, Nourul Wahab Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Minggu lalu tular satu video mempromosikan satu program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dimuat naik Rina Harun menerusi tiktok rasminya.

Video tersebut walaubagaimanapun mengundang kecaman pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan gaya penyampaian pelakon, Rosyam Nor yang dikatakan memperlekeh dan tidak menghormati wanita.

Nourul Wahab dedah sikap sebenar Rosyam Nor?

Gaya penyampaian Rosyam Nor itu turut mendapat respon penyanyi, Nourul Wahab Depp yang membuat ciapan menerusi Twitternya.

Menerusi ciapannya itu, penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka itu mendedahkan bahawa dirinya yang pernah bekerjasama dengan Rosyam mengenali bagaimana sikap sebenar pelakon itu.

Sebagai yang pernah bekerja dengan artis lelaki ni, saya tahu bagaimana dia. Menghormati wanita? Hmmm. Tengok sendiri lah.

Terpaksa komen walaupun saya tahu ada yang akan belasah saya terhadap kenyataan ini. Tapi, saya tak tak suka caranya dan individu berkenaan (Bukan benci). Cuma tak suka.

Bukan itu sahaja, Nourul turut menasihat agar pihak yang terlibat dengan sesuatu perkara seperti ini untuk mempunyai rasa hormat dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan.

Bahasa melayu itu sangat tinggi. Mohon ada sedikit hormat kepada yang menonton secara amnya. Kita dah berusia.

Kena lagi jaga bahasa. Sebab nak didik anak anak muda. My opinion. This video is inappropriate.

Betul sangat apa yang dikatakan Nourul tu, tapi sikap Rosyam Nor yang macam mana dimaksudkan penyanyi itu?

Rosyam tak ada niat rendahkan martabat wanita

Pelakon, Datuk Rosyam Nor tidak berniat untuk merendahkan martabat wanita, sebaliknya ingin memberikan kesedaran kepada wanita untuk bangkit dan bersemangat memajukan diri masing-masing.

Rosyam ketika dihubungi berkata, kata-katanya dalam video yang tular di media sosial sejak semalam itu perlu dilihat dari sudut positif.

“Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran kepada kaum wanita supaya bangkit dalam perniagaan.

“Jadi, tidak timbul isu saya bercakap kasar atau menjatuhkan kaum wanita,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam video tular yang dimuat naik ke akaun TikTok Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun itu, Rosyam dikatakan menggunakan bahasa yang kasar.

“Bangun lambat, bangun lambat semuanya lambat. Perempuan, ni, wanita ni semuanya lambat. Eh, bangkitlah, bangun daripada tidur!

“Esok di WTCKL, program aku dan Datuk Seri Rina, dengan kementerian dia dekat belakang (menunjukkan nama kementerian), korang baca sendiri lah.

“Esok, kalau sesiapa nak masuk, korang datang sahaja pada jam 9 pagi, korang jumpa aku, aku nak belasah kepala korang, baru kita bangkit,” kata Rosyam seperti dipetik dalam rakaman video itu.

Menurut Rosyam, ‘belasah’ yang dimaksudkannya adalah ‘mencuci otak’ (brainwash) dan memberi semangat kepada mereka untuk bangkit dalam perniagaan.

“‘Belasah’ itu maksud saya mencuci otak. Program ini adalah untuk memberi semangat supaya kaum wanita bangkit dalam perniagaan. Jadi, tak timbul isu saya bercakap besar atau menjatuhkan kaum wanita.

“Mereka yang menyertai program ini faham apa maksud saya dan tak ada masalah dengan perkataan itu,” katanya.

Tambahnya, ‘bangun lambat’ juga adalah sekadar kiasan untuk menggesa golongan usahawan wanita merebut peluang.

“Perkataan itu adalah metafora dan saya gunakan kepada golongan usahawan ini, bukan merujuk kepada wanita yang bangun lambat,” katanya.

Video TikTok itu kemudiannya tular dan dimuat naik ke beberapa platform media sosial lain sekaligus menerima kecaman hebat netizen termasuklah selebriti antaranya, Che Puan Sarimah Ibrahim mempersoal tindakan itu.

“Sekejap. Adalah ini untuk menggalakkan dan memberi motivasi? Direndahkan, dihina dan agresif? #whatisthis #rubbish,” tulisnya.

Kredit: TikTok dsrinaharun | Twitter Nourul Wahab Depp

Leave a Reply

Your email address will not be published.