Uncategorized

Ifa Raziah habiskan duit beli emas. Ramai tergamam bila tahu jumlah harga emas yang dia beli

Betul la apa Ifa cakap sebelum ini, setakat rm100k tu mudah je bagi dia! Cantiknya emas tu.

Nama penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebelum ini, dia sering menjadi bualan netizen gara-gara nyanyiannya yang dikatakan sumbang dan akhirnya tersingkir pada minggu keempat untuk program Terpaling Juara.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Terbaharu, penyanyi yang berusia 47 tahun itu telah berjaya menarik perhatian netizen apabila dia berbelanja lebih enam angka di sebuah kedai emas.

Susulan itu, rata-rata netizen tergamam dengan jumlah wang yang dibelanjakan oleh Ifa sehinggakan mencecah sebanyak enam angka semata-mata untuk emas sahaja.

Bukan itu sahaja, majoriti netizen turut meluahkan rasa gembira dan syukur terhadap rezeki yang dimiliki Ifa yang mampu membeli emas untuk memenuhi kepuasan sebagai seorang wanita yang suka akan perhiasan.

Sebelum ni lantang bersuara, sekali hari ini Ifa Raziah tampil mohon maaf. Rupanya ini sebab kenapa dia buat begitu

Ekoran beberapa kontroversi yang dicetus Ifa Raziah baru-baru ini, selebriti versatil itu tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya.

Pada siaran langsung program Terpaling Juara terbitan TV3, Ifa membuat kenyataan bahawa dia dengan ikhlas hati memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ser Ser Ser itu juga berkata, dia dengan ikhlas hati memaafkan golongan yang bertubi-tubi memberi kecaman kepadanya susulan beberapa kontroversi lepas.

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf, dan memaafkan juga kepada siapa yang mengata saya itu.

Kita manusia biasa, tak lari dari kesilapan… insyaAllah saya akan cuba perbaiki diri saya ini untuk menjadi lebih baik pada masa yang akan datang”

‘Kita kena move on’

Ketika ditemui Ohbulan!, Ifa mengakui bahawa cara dirinya ‘cari makan’ mungkin kurang disenangi ramai, namun tetap berharap agar orang ramai dapat menerima perkara tersebut.

“Itu asam garam dunia anak seni… memang saya cari makan dengan cara macam ini.

“Saya menyanyi… itulah salah satu sumber pendapatan saya, saya mencari rezeki”

Dalam pada itu, pemilik nama Saripah Raziah Mustapha itu juga berharap agar orang ramai dapat melupakan kesilapan yang dia lakukan sebelum ini.

Kita kena move on… saya pun dah move on.

Ifa yang ditemui selepas siaran langsung Terpaling Juara itu juga sempat mengucapkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk membina namanya semula dalam industri seni melalui program tersebut.

Terpaling Juara ini merupakan satu permulaan bagi saya, untuk karier saya, dah 9 tahun saya tak masuk bertanding, ini saya ‘comeback’ untuk saya bina nama saya dalam industri ini

VIDEO:

Sumber: OH BULAN | F8Buzz | TikTok @emasrozita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.