Uncategorized

Kelibat anak kecil hadir di mahkamah tarik perhatian. Rupanya ini hubungan dia dgn Bossku

KUALA LUMPUR: Cucu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Adam Razak meluahkan rasa kerinduan terhadap datuknya.

Menerusi perkongsian menerusi hantaran Instagram anak sulung Najib Razak, Nooryana Najwa menulis anak sulungnya itu merindui datuknya.

“Kita akan ke pejabat atuk hari ini?” soal Adam.

Dalam masa sama, Adam yang tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama ibunya pagi tadi berasa hairan dengan kehadiran beberapa lelaki memegang senj4ta.

“Mereka hanya mahu melindungi atuk supaya tiada apa berlaku kepadanya. Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali. Hanya lambaian atau ‘flying kiss’,” menurut Yana dalam satu pautan di hujung entri Instagramnya.

Adam Razak hadir bersama ibunya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini susulan perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Rakaman audio “can I advise you something” bukti Rosmah kawal Najib – Mahkamah

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menguasai suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mempunyai kawalan ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Dalam penghakiman setebal 116 halaman, Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata adalah jelas daripada rakaman audio itu bahawa tertuduh memberi arahan kepada Najib berhubung urusan kerajaan.

Beliau merujuk kepada klip audio “Can I advise you something” antara Najib dan Rosmah yang tular sebelum ini.

“Dalam pernyataan saksinya, tertuduh tidak menafikan bahawa suara dalam rakaman audio itu adalah milik beliau dan Najib. Tidak kurang daripada tiga saksi iaitu Datuk Rizal Mansor (bekas pembantu Rosmah), bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha kementerian itu Tan Sri Madinah Mohamed, secara positif telah mengenal pasti suara dalam rakaman itu adalah milik Najib serta tertuduh.

“Mereka sudah biasa mendengar suara Najib dan tertuduh. Saya tidak meragui bahawa mereka adalah betul. Tertuduh telah cuba untuk meremehkan perbualan itu dengan mengaitkannya kepada perbincangan biasa di antara suami dan isteri. Bagaimanapun, ia bukanlah perbualan biasa antara pasangan suami isteri kerana ia membabitkan urusan kerajaan,” katanya

kredit:astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published.