Entertainment

Macam cikgu PJ kat sekolah aku…”- Penampilan Neelofa di Gelanggang Futsal Tarik Perhatian

Nama selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa tidak asing lagi dalam ‘bualan’ ramai warganet.

Setiap apa yang dilakukan oleh aktres berusia 33 tahun itu pasti sahaja menjadi perhatian terutama teka-teki melihat wajah anak lelakinya, Muhammad Bilal.

Neelofa turun padang support suami main futsal?
Terbaharu, tular di media sosial apabila seorang individu berkongsi sebuah video memaparkan pelakon itu berada di sebuah gelanggang futsal bagi memberikan sokongan kepada suaminya, Haris Ismail bermain pada malam itu menarik perhatian ramai.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna dikenali @seorangnur, dilihat Neelofa hadir mengenakan baju t-shirt berwarna merah dan bertudung sarung sambil menjinjit beg berjalan di samping suaminya.

Dalam perkongsian berkenaan, Neelofa berseloroh dengan mengatakan kehadirannya menonton dan memberikan sokongan kepada suaminya adalah berbayar.

“Kau rasa? Dibayar tau…”seloroh Neelofa apabila ditanya mengenai kehadirannya pada malam itu.

Macam cikgu PJ kat sekolah aku…

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana rata-rata mereka berpendapat penampilan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor adalah saling tidak tumpah seperti guru Pendidikan Jasmani (PJ) yang turun ke padang.

Comelnya Neelofa pakai tudung sarung

Netizen dakwa pakaian Neelofa lebih kepada fesyen-“Macam Diana Amir baru betul”

Umum sedia maklum mengenai penghijrahan yang dilakukan oleh pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor sehingga dapat memberi inspirasi kepada wanita muslimah yang lain untuk berubah.

Pelbagai fesyen yang menutup aurat digayakan oleh Neelofa yang lebih kepada pemakaian jubah untuk keselesaan dirinya ketika menguruskan urusan di luar rumah.

Terbaharu, pakaian yang digayakan oleh Neelofa ketika berjumpa dengan seorang selebriti telah mengundang rasa kurang senang serta kebimbangan ramai dengan melihat jubah yang digayakannya

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @thegadiskemetot, kelihatan Neelofa sedang keluar daripada sebuah kereta yang memakai jubah berwarna hijau.

Dalam video tersebut, Neelofa telah berjumpa dengan pelakon Diana Amir yang juga telah berhijrah ke arah yang lebih baik sehinggakan membuatkan ramai mengagumi selebriti wanita tersebut.

Labuh sangat jubah Neelofa tu

Namun begitu, netizen mendakwa jubah yang digayakan Neelofa adalah hanya untuk berfesyen dan terlalu labuh yang menyebabkan dia agak sukar untuk melangkah.

Baju Diana okay, elok je

Malah, ada juga segelintir netizen yang memberi pendapat bahawa cara pemakaian Diana adalah gaya yang sebaiknya yang dilihat tidak terlalu berlebihan atau berfesyen.

Jangan la bandingkan penghijrahan orang lain!

Bagaimanapun, ada netizen yang menyelar golongan yang membandingkan penghijrahan yang dilakukan oleh dua selebriti tersebut kerana perubahan yang dilakukan adalah lebih penting serta menutup aurat dengan sempurna.

Sumber: TikTok @seorangnur, @teamustazhariss

Leave a Reply

Your email address will not be published.