Uncategorized

Netizen Masih Selidik Wajah Bilal Dakwa Dari Tepi Nampak Macam Jebat, Sekali Sahrnaaz Beri Respond

Apa sahaja perkongsian berkenaan dengan anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal pasti menjadi perhatian netizen.

Terbaru Neelofa berkongsi video di TikTok memperlihatkan suaminya sedang bermain dengan anak mereka.

Menerusi perkongsian tersebut, bekas pengacara program MeleTOP berkata meluangkan masa bersama suami dan anak merupakan salah satu penyebab dirinya bahagia

“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dengan keluarga, bercuti dan sudah tentu berniaga

“Love you both,” tulis Neelofa.

Bagaimanapun, kali ini Neelofa mengambil keputusan untuk menutup ruang komen tanpa memberi sebarang penjelasan.

Biarpun tidak dapat meninggalkan komen, peminat tetap mahu berkongsi keterujaan dengan memuat naik semula video itu di akaun laman sosial mereka.

Ramai cakap yang muka Bilal dari tepi kelihatan macam Bilal, Sharnaaz tampil mengulas dalam ig story beliau

“Bilal sangat comel dan gebu, alhamdulillah rezeki Allah buat Lofa dan Haris” kongsi Sharnaaz di ig story milik beliau

Menurut peminat, wajah Bilal sama seperti sepupunya, Jebat Jayden yang juga anak kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila.

“Ikut cousin dia la muka tu.

“Muka dia dari tepi macam Jebat!” komen peminat.

Untuk info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Itu bukan anak saya, Bilal – Neelofa

Terdahulu Selebriti popular, Neelofa menafikan foto bayi tular bersama seorang wanita dalam TikTok ketika ini adalah anak lelakinya, Muhammad Bilal.

“Maaf semua, ini bukan Bilal. Tetapi comelnya, masya-Allah,” komen Neelofa ringkas pada perkongsian media sosial itu.

Sebuah foto kini tular di platform TikTok yang didakwa ramai sebagai anak lelaki kepada Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berdasarkan bentuk wajah dan kulit putih gebunya.

Menerusi perkongsian @bebelancikmin, pengguna itu tidak menyatakan kesahihan gambar tersebut sebaliknya menulis hantaran bertanya kepastian sama ada bayi lelaki tersebut ialah Bilal atau tidak.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet termasuklah ada individu mendakwa wanita yang mendukung bayi lelaki tersebut adalah adik perempuan kepada suami Neelofa iaitu Haris Ismail.

Selain itu, ada yang turut menafikan gambar tersebut dengab mengatakan bayi tersebut adalah anak buah kepada Haris Ismail merangkap sepupu Bilal.

Tidak kurang juga ada mengatakan pernah melihat Bilal didukung oleh suami kepada kakak Neelofa, Shahrin di Insta Story.

Sejak dilahirkan pada 29 Januari lalu, Neelofa dan Haris mengambil pendekatan untuk tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kepada umum atas alasan mahu ‘elak’ daripada sebarang penyakit Ain yang berpunca daripada pandangan mata atau dendam.

Namun bekas pengacara MeleTOP itu kerap berkongsi perkembangan dan foto anak lelakinya di media sosial meskipun hanya menampakkan sebahagian wajahnya seperti belakang badan, kaki dan tangan. Jika ada gambar penuh, selebriti itu pasti akan meletakkan sticker bagi mengelak wajah anaknya terdedah.

Sebuah foto tular di platform TikTok yang didakwa ramai sebagai anak lelaki kepada Neelofa.

Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal.

Apa kata anda?Kongsikan bersama kami

kredit: ig sharnaaz

Leave a Reply

Your email address will not be published.