Uncategorized

P0lis Serbu Rumah Suspek Pencvlikan Ejen Kosmetik, Ini Yang Dijumpai

Tumpat: “Sejak hari pertama kehilangan kakak lagi, mak (kerap) menangis mengenangkan keadaan kakak yang entah di mana, selain sedih dengan pelbagai berita tidak sahih disebarkan,” katanya adik kepada ejen jualan kosmetik yang diculik sekumpulan lelaki di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.

Lelaki berusia 25 tahun itu berkata, selain keluarga yang masih bimbangkan kehilangan kakaknya itu, mereka turut kecewa dengan kecaman diterima, terutama daripada warganet.

Justeru katanya, dia berharap orang ramai dapat menghentikan berita tidak sahih mengenai kejadian itu dan mendoakan kakaknya dapat dibawa pulang dengan selamat.

“Mak menangis apabila mengenangkan keadaan kakak, kami juga risaukan keadaan mak kerana dia menghidap penyakit buah pinggang tahap lima dan perlu mendapatkan rawatan dialisis tiga hari seminggu.

“Sehingga kini tiada khabar berita diterima mengenai kakak dan panggilan yang meminta wang tebusan juga tidak ada…doa sahaja agar kakak ditemui dengan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

EJEN jualan kosmetik yang diculik sekumpulan lelaki, Selasa lalu. FOTO Ihsan Keluarga

Kehilangan ejen jualan kosmetik itu sudah memasuki hari keempat, namun khabar mengenainya masih belum diperoleh.

Sehingga kini, keluarga wanita yang berusia 36 tahun itu juga tidak menerima sebarang panggilan yang meminta wang tebusan.

Adiknya berkata, selain bergantung kepada pihak berkuasa, keluarga juga meminta bantuan saudara-mara dan rakan yang tinggal berhampiran sempadan di Pengkalan Kubor bagi membantu mengesan mangsa.

Dalam kejadian 5.10 petang Selasa lalu, mangsa dilarikan dengan menaiki kereta Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemukan 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu.

Siasatan awal pihak polis mendapati suami kepada mngsa terbabit dalam aktiviti penyeludupan d4dah dan polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, sumber pihak berkuasa di Takbai berkata, pihaknya sedang menjalankan operasi menjejak semua suspek dan mengesan mangsa yang dikatakan dilarikan ke negara jiran.

Tiada Sesiapa DiTemui

“Semalam kami membuat serbuan di sebuah rumah di pinggir Sungai Golok di sini (Takbai) yang dikatakan dihuni salah seorang suspek yang terbabit tapi tiada sesiapa ditemui.

“Operasi mencari diteruskan lagi berpandukan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Malaysia (Kelantan) dan sebarang maklumat yang berkaitan akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.

kredit:hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.