Uncategorized

“Pehh hilang kejap kopiah” – Apa Yang Nabil Ahmad Buat Kali Ni Disindir Netizen Tak Lupa Tarikh

Umum mengetahui semalam berlangsung penuh meriah konsert Jelajah Ulang Tahun ke-30 kumpulan terkenal Indonesia, Dewa19 yang diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil.

Meskipun cuaca hujan namun seramai 8,000 penonton tetap setia berada di konsert untuk menyaksikan persembahan luar biasa kumpulan itu.

 

Ramai selebriti tidak ketinggalan ke konsert tersebut dan ada berkongsikan momen ketika berada di konsert termasuk pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad yang ke konsert berkenaan bersama isterinya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nabil dilihat ada memuat naik video ketika berada di sana serta mengatakan konsert Dewa19 itu sangat menyeronokkan.

Perkongsian Nabil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan komen sindiran mengatakan kali ini pengacara MeleTOP itu tidak terlupa tarikh seperti konsert Billie Eilish sebelum ini. Malah, ada yang mengusik Nabil kerana jika kali ini dia terlupa juga pasti akan ‘terduduk’ seperti sebelum ini.

Rakam Senyap-Senyap, Issey Kagum Nabil Ahmad Sempat Ambil Masa Mengaji Di Konti

Penghijrahan pengacara Nabil Ahmad sememangnya mendapat respon positif daripada netizen. Malah, rezekinya tidak pernah putus apabila kini bergelar penyampai radio di Era FM.

Baru-baru ini, rakan sekerjanya Issey Fazlisham ada memuat naik video di TikTok yang diambil secara senyap-senyap ketika berada di konti.

Menerusi perkongsian itu, Issey berkata dia mahu melihat apa yang dilakukan oleh Nabil pada jam 7 pagi di konti. Dapat dilihat pengacara MeleTOP itu sedang leka mengaji di dalam video yang diambil secara senyap-senyap itu.

Issey turut menyertakan kapsyen mengatakan itu sebabnya mengapa dia meminati Nabil kerana perjuangannya yang luar biasa.

Perkongsian Issey itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Nabil yang tahu mengagihkan masa untuk dunia dan akhirat.

Malah, ada yang mengatakan apa yang ditunjukkan oleh Nabil itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk sentiasa mengingati Allah walau dimana sahaja.

SUMBER OHMYMEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.