Uncategorized

“Pernah mengambil keputusan nak bu.nuh diri dulu sewaktu PKP”-Shiera dan Tyzo rasa nak menitis air mata bila dengar kisah ini

PENYAMPAI Radio Suria FM iaitu Tyzo dan Sharifah Shahirah terkejut menerima satu panggilan daripada seorang pendengar ketika bertugas di Segmen Suria Petang pada Rabu.

Pemanggil itu mendedahkan dia pernah hampir bertindak di luar kawalan iaitu membunuh diri kerana tertekan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

Namun, lelaki itu membatalkan niatnya sejurus mendengar celoteh dua penyampai ini.

Terharu mendengar pengakuan pendengar berkenaa, Shahirah, 47, atau lebih mesra disapa Shiera atau Kak Rara meluahkan rasa sebak kerana tidak menyangka kerjayanya itu dapat menyelamatkan nyawa seorang manusia.

“Pemanggil ini menghubungi kami dan beritahu nak sangat bercakap… saya pun tanyalah kenapa dengar Suria FM, kemudian baru dia cerita yang dia pernah mengambil keputusan nak bu.nuh diri dulu sewaktu PKP dulu.

“Terkejut juga sebab dalam radio isu ini memang tak boleh cakap… katanya semasa kejadian dia berada di sebuah kedai dan bila dengar celoteh kami dan mendengar suara Tyzo terus dia batalkan niat.

“Pengakuan itu seolah-olah penghargaan buat diri sendiri sebab bangga dengan apa yang dilakukan ini iaitu menyelamatkan satu nyawa.

“Rasa macam nak menitik air mata walaupun tak menang award tapi benda ini yang kami mahukan sebab dapat memberi manfaat kepada orang lain,” kata Shiera kepada mStar.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *