Uncategorized

Sampai tak kisah kalau kena kikis, wanita dedah apa yang jejaka Turki ni buat kat dia

Siapa sangka percutian secara solo di negara orang, berakhir dengan pertemuan tidak disangka-sangka sehingga membuatkan dua individu jatuh cinta.

Itu kisah seorang wanita bernama Kekyah yang kini menjalin hubungan cinta dengan jejaka Turki selepas bercuti di negara tersebut sekitar Mei lalu.

Menerusi perkongsian terbaru di aplikasi TikTok, dia yang dipercayai bekerja sebagai pemandu pelancong mengakui kagum dengan sikap dimiliki kekasihnya bernama Nour itu.

Doakan baik-baik untuk I dan Nour

Menurut Kekyah, dia juga seperti tidak kisah andai wang ringgit dikikis oleh penjual manisan Turki itu dengan menyatakan sebab-sebab tertentu dalam video dimuat naiknya.

Kekyah berkata, sepanjang perkenalan, dia tidak pernah menghabiskan duit untuk Nour sebaliknya jejaka itu sendiri yang sering memberi layanan dalam soal perbelanjaan.

“Nour ni kalau nak kikis I pun, I sanggup je sebab dia setia, baik, handsome, pastu layan I macam princess.

“Tapi tu la sepanjang kenal dia, satu sen pun tak pernah habiskan lagi kat dia. Sebab elok mak dia ajar jangan gunakan perempuan,” tulisnya.

Dia berkata demikian bagi menjawab komen pengikut yang menyatakan bimbang jika jejaka tinggi lampai itu sekadar ‘main-main cinta’ dan bukan ikhlas menyintai wanita berkenaan.

Bagaimanapun, Kekyah yakin kekasihnya tiada niat untuk mengambil kesempatan terhadap dirinya kerana dilihat ikhlas selain mempunyai usaha dalam mengekalkan hubungan cinta.

“Lelaki ni kadang-kadang tak perlu kaya pun untuk nampak ikhlas. Cukup la ada effort. Nour pukul 7 pagi dah terpacak kat airport tunggu I landing flight pukul 9.50 pagi.

“Tak bagi I keluar duit satu sen kalau keluar sama. Tak bagi I beratur kalau nak beli apa-apa makanan sama-sama. Ingat tarikh lahir I, ingat I suka minum and makan apa.

“Bagi I pegang phone and bagi password dia tanpa rasa was-was,” kongsi Kekyah dalam sebuah lagi video.

Sumber: TikTok @kekyahkentang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *