Uncategorized

Anggap k0ntroversi melanda anak bukan masalah besar, ini kata2 padu Kazar kepada semua pihak berdamai

PELAKON veteran Kazar memohon masyarakat tidak mudah menghukum sehingga mengguris perasaan keluarga berhubung kontroversi melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar yang didakwa menjadi perosak rumah tangga orang lain.

Kazar atau Kazaruddin Saisi, 63, berkata, dia berharap masalah melibatkan Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan segera.

“Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita.

Ira didakwa menjadi orang ketiga dalam masalah rumah tangga antara Sarah dan Syamsul.

“Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat,” katanya kepada mStar.

Kazar ditemui ketika majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Kazar enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung kes berkenaan memandangkan ia masih dalam siasatan selain tidak mahu menimbulkan salah faham antara kedua-dua belah pihak.


Pun begitu, sebagai seorang bapa, Kazar sentiasa memberi sokongan penuh terhadap Ira ketika dia berdepan dengan masalah sebegini.

Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat.

“Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana perintah mahkamah.

“Ira okey sahaja… kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya,” ujarnya.
Sarah dan Syamsul bersama dua orang anak mereka.

Sarah sebelum ini membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan.

Untuk rekod Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.

Ira disiasat bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *