Uncategorized

Dakwaan H4milkan Gadis, Kahwin Senyap-Senyap, Ibu Ismail Izzani Tampil Cerita Perkara Sebenar

Ibu kepada penyanyi Ismail Izzani, Datin Suliza Salam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dan tuduhan menerusi edaran DM Instagram yang mengatakan anaknya itu berkahwin secara diam-diam setelah menghamilkan seorang wanita.

Suliza berkata, dia dan Ismail ada menerima DM yang serupa dan berharap agar semua pihak tidak terpengaruh dengan tuduhan yang tidak berasas berkenaan.

“Gambar berkenaan diambil ketika Ismail menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel, anak Datuk Jamal Yunos baru-baru ini. Kebetulan dia berada di situ da gambar berkenaan dirakamkan.

“Kita tak naklah besarkan perkara ini. Budak perempuan tu anak orang. Apabila gambar dengan cerita seperti itu tersebar, nanti cemarkan nama keluarga orang. Tak pasal-pasal orang saman kita pula.

“Yang hantar DM ni mungkin dia sakit hati ke apa… Kita nak jaga sensitiviti kita tahan je hati ni bila orang fitnah kita,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Suliza mengulas mengenai edaran DM yang mengatakan Ismail berkahwin dengan seorang wanita kerana melakukan se- ks rambang sehingga wanita tersebut hamil.


Dalam pada itu, Suliza menambah, Ismail tidak melenting apabila mendapat tahu tentang edaran DM berkenaan.

“Saya pun marah dekat Ismail, saya cakap dengan dia kena buat statement untuk jernihkan keadaan… yelah sampai rakan artis, Nourul Depp dari Bali pun kongsi benda tu dekat saya.

“Tapi dia relaks je… katanya dia tak buat benda tu, jadi kenapa dia perlu beri kenyataan.

Anak saya kata kalau dia sebut benda baik tak apa, tapi ni melibatkan anak orang. Saya hormati anak saya sebab dia dewasa dari segi itu.

“Dia takda masa nak buat se ks rambang, dia pun ada agama,” ujar Suliza lagi.

Ditanya adakah Ismail kini sedang menjalinkan hubungan atau masih single, Suliza menjawab: “Selagi dia belum bertunang atau berkahwin, dia single… Tapi tanya jelah dia,” katanya sambil tertawa.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *