Hiburan

Dua budak sekolah slumber tak hirau orang sekeliling, yg lelaki sedap baring atas riba

MASALAH sosial dalam kalangan remaja bukanlah satu isu baharu, malah ia sentiasa diperkatakan sejak dahulu sehingga kini.

Terbaharu, tular rakaman video memaparkan aksi mesra dua remaja di sebuah taman, sehingga mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

“Budak-budak sekarang. Tempat awam pun nak mengurut kepala,” tulis individu yang memuat naik rakaman itu ke laman TikTok.

Rakaman berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan bertudung sedang duduk bersandar di sebuah bangku.

Seorang remaja lelaki, dipercayai kekasihnya sedang tidur di atas paha gadis berkenaan.

Tanpa menghiraukan orang awam yang lalu di taman berkenaan, gadis itu dilihat selamba membelai rambut dan kepala teman lelakinya.

Dua remaja tersebut kelihatan tidak menghiraukan orang awam yang berada di taman itu.

Video itu meraih lebih 214,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dimuat naik ke platform TikTok.

Menurut pemilik video itu lagi, dia sekadar berkongsi rakaman berkenaan agar menjadi pengajaran buat semua masyarakat di luar sana.

“Assalamualaikum. Pengajaran untuk kita semua. Sekurang-kurangnya bila tengok video ni, ada yang berdoa supaya keluarga kita sendiri dijauhkan perkara-perkara macam ni,” ujarnya menerusi ruangan komen.

Semakan mStar mendapati video berkenaan dihujani lebih 800 komen netizen yang rata-ratanya risau dengan pergaulan bebas antara dua remaja itu.

“Saya ada anak lelaki dan perempuan yang tengah membesar. Bila tengok benda ni, rasa sedih dan takut.

“Allah takutnya. Saya ada anak. Jauhkan benda-benda macam ni,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, segelintir pelayar TikTok meluahkan rasa kurang senang dengan penyebaran video aib itu.

“Lebih baik henti sebarkan lagi. Takut nanti jadi aib dan fitnah. Kita tak tahu, mungkin boleh jadi tu adik-beradik.

“Mungkin mereka dah kahwin sebenarnya. Aturan keluarga. Macam novel.

“Entah-entah mereka adik-beradik,” tulis beberapa netizen lagi.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *