Uncategorized

Lelaki Panik Tangan Misteri Muncul Dari Bawah Pintu Tandas Awam. Ingatkan Nak Skodeng, Rupanya Ini Niat Sebenar

Seorang lelaki berkongsi pengalaman menakutkan namun lucu semasa menggunakan tandas awam di Indonesia apabila terdapat tangan ‘misteri’ yang muncul di bawah pintu semasa dia sedang membuang air besar, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram @parodireceh.id, lelaki itu pada mulanya panik apabila melihat terdapat tangan tiba-tiba muncul di bawah pintu.

Pada mulanya dia menyangka ada individu yang cuba mengintai ke dalam atau cuba membuka pintu.

Namun rupa-rupanya, ia merupakan tangan seorang pencuci tandas yang ingin mengelap batang besi pintu tandas tersebut.

“Akan ku bersihkan setiap sudut tandas meskipun ada yang tertutup atau terkunci,” tulis kapsyen video tersebut.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi lucu pengguna media sosial yang dalam masa sama mempertikaikan tindakan pencuci tandas itu.

“Harap bersabar dahulu sehingga pengguna keluar tandas jika mahu menjalankan tugasan sekali pun,” komen seorang pengguna media sosial.

Tangkap layar video yang memaparkan tangan pencuci sedang mengelap besi pintu tandas awam semasa ada pengguna di dalamnya. – Instagram

Elak Jadi Mngsa Si Kaki Skodeng, Ini Cara Bagaimana Nak Kesan Spy Cam Lelaki Psiko Dalam Tandas Wanita

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan golongan lelaki psiko yang sanggup meletakkan kamera tersembunyi di tandas-tandas awam terutamanya tandas wanita semata-mata untuk tujuan melempiaskan nafsu, apa kata anda mengambil langkah berjaga-jaga selepas ini sebelum ‘terciduk’.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter @sueannajoe, beliau telah berkongsi beberapa buah tempat yang memiliki rakaman kamera tersembunyi dan bagaimana kamera tersebut disorok, jom kita lihat!

Ini cara kesan spy cam di dalam tandas

Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *