Hiburan

Pelik suami kalut masuk bilik, aku keluar tengok adik kat tengah tidur di sofa aurat bertutup. Aku mula paksa suami dan ugut

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.

Nama saya Kina. Kisah ini berkenaan dengan pasangan yang juga merupakan keluarga saya.

Tujuan saya menulis di sini untuk atas permintaan tuan punya badan untuk meminta pandangan daripada pembaca.

Watak kisah ini ialah Adi dan Fara. Mereka baru berkahwin kira kira setahun lebih.

Adi merupakan seorang lelaki yang baik budi pekerti, mempunyai pegangan agama yang bagus dan sangat mementingkan kepentingan aurat, dan mempunyai kerjaya yang baik.

Manakala Fara pula seorang yang baik hati, pemurah, datang dari latar belakang keluarga yang baik dan bekerja dalam bidang profesional.

Masalah bermula selepas beberapa bulan mereka berkahwin.

Suatu hari Adi terkantoi dengan Fara sewaktu dia mengambil gambar rakan rakan dan adik beradik Fara yang tidak menutup aurat melalui handphone Fara. Apabila disoal Adi memberi alasan yang tidak munasabah.

Selepas beberapa bulan, Adi lebih berani dengan meminta gambar rakan rakan Fara melalui isterinya sendiri.

Fara sangat terkejut dan hancur hatinya. Sudah semestinya dia tidak menunaikan permintaan Adi.

Walaupun diminta sedemikian Fara tetap melayan Adi dengan baik dari segi zahir dan batin.

Kadang kadang ketika bersama, Adi membayangkan wanita lain bersamanya. Fara pun tak pasti adakah Adi sedar atau tidak ketika dia berkelakuan demikian.

Kemuncak cerita apabila satu hari Fara terjaga dari tidur pada awal pagi dan melihat Adi tiada dalam bilik.

Tiba tiba Adi masuk bilik dalam keadaaan kelam kabut. Fara bertanya apa dia buat di luar dan Adi cuma memberitahu cuma mahu ke dapur. Fara rasa tidak sedap hati dan keluar.

Rupanya di ruang tamu adik Fara yang baru pulang dari kerja tertidur di sofa (dalam keadaan menutup aurat).

Untuk pengetahuan, mereka tinggal bersama keluarga Fara. Fara tahu sesuatu telah berlaku dan memaksa suaminya memberitahu perkara sebenar.

Selepas dipaksa dan diugut Adi mengatakan dia telah meraba adik Fara.

Hancur hati seorang isteri melihat kelakuan suaminya.

Suami yang disangka alim dan diamanahkan menjaga isteri telah berkelakuan tidak senonoh pada adiknya sendiri.

Fara tidak pasti adakah adiknya sedar ketika kejadian tersebut berlaku atau tidak.

Sejak kejadian itu Fara seakan trauma apabila melihat Adi berbicara atau mendekati mana mana wanita terutama adik perempuannya. Fara menjadi seorang yang over-protective terhadap adiknya.

Untuk makluman ayah Fara pernah menumbuk seorang lelaki yang meraba keluarganya.

Dan Fara sangat maklum akan kesan yang berlaku jika ayah nya tahu bahawa menantu sendiri yang berkelakuan begitu.

Sejak kejadian itu hubungan Fara dan Adi makin dingin. Depan keluarga mereka berpura pura normal. Fara buntu dan hilang kepercayaan pada Adi.

Adi telah memohon maaf dan meminta satu lagi peluang diberikan. Sebagai ahli keluarga mereka, saya juga turut buntu dan ingin melihat mereka berbaik semula.

Dan ini lah tujuan saya menulis confession ini.

Para pembaca, saya memerlukan pandangan anda untuk memberi jalan keluar pada kemelut pasangan ini. Berikut ialah persoalan yang perlukan pandangan pembaca

1) Adakah normal seorang suami membayangkan wanita lain ketika bersamanya?

2) Bagaimana untuk menghentikan perbuatan Adi dan memastikan dia tidak ulangi lagi?

Jika melalui kaunseling pihak mana yang perlu dirujuk? Adakah perkara ini berkaitan dengan penyakit mental?

3) Bagaimana untuk memujuk dan merawat luka di hati Fara? Beliau masih menyayangi Adi dan perkahwinan mereka tetapi hatinya sudah hancur dengan kelakuan Adi.

4) Adakah perlu memberitahu keadaan ini pada ibu bapa Adi? Mereka sudah berumur dan Adi ialah anak kebanggaan mereka.

Jika mereka tahu, kami takut risiko pada kesihatan mereka. Dan pada masa yang sama, Adi seorang anak yang taat pada ibu bapanya. Jika dinasihati insyaALLAH boleh membantu pasangan ini.

Semoga para pembaca dapat memberi komen yang membina untuk saya bantu pasangan ini.

Pengajaran pada para lelaki terutamanya suami, tolonglah jaga pandangan dan nfsu kamu. Kalian sudah ada yang pasangan halal mengapa perlu lepaskan pada orang lain?

Tidak kasihankah kamu pada wanita luar sana yang tak bersalah terutama keluarga kamu sendiri.

Syaiitan memang akan sentiasa menganggu rumahtangga kita tapi terpulang pada iman masing masing untuk menghalang perbuatan yang membawa kita ke neraka.

Tolong jauhi ziina. Sekian terima kasih.

Yang Benar, Kina

Reaksi Warganet

IriShofie Zuyyin –
Lelaki macam nie ada potensi untuk nak jadi ‘haruan makan anak’. Fikirlah untuk masa depan sebelum terlambat. Kesian dekat anak anak perempuan nanti.

Sebagai bapak kena lindungi anak, lebih lebih lagi anak perempuan tapi kalau belum ada anak dah perangai macam nie, sorry to say la. Pandai pandai la fikir sendiri

Ena Sam –
Allahu, sangat sangat tak normal puan. Mule mule raba lpas tu sampai ke rgol, puan nak ke…?

Mintak jauh la laki macam ni. Memang tak selamat kang ade anak perempuan kene benda yang sma…

1 je cara cerai jela puan. Nfsu pelik ni tak mudah nak berubah atau nak bagi nasihat ..

Sebelum suami tu buat lebih jauh, bertindak la cepat puan…

Nurul Nuna –
Confessor, ajak suami cari rumah sewa. Kesian adik beradik pempuan yang sentiasa tutup aurat di rumah dan tak selesa.

Ditambah pula suami confessor bernafsu tinggi. Confessor sbg sorg kakak,kena pandai berfikir. Over protective pun tak guna selagi suami anda masih di situ.

Kalau suami susah nak berubah, mintak cerai je. Biar dia dengan dunia nya sendiri.

Dee Ya –
Elok berpisah jelah. Orang yang tak dapat kawal nafsu ni, selamanya takkan dapat kawal. Otak dah tak boleh fikir. Dia cuma ikut kepala bawah je.

Berpisah jelah ye. Banyak mudarat kalau teruskan hubungan.

Mudarat untuk adik beradik perempuan, mudarat untuk kawan kawan perempuan, mudarat untuk anak anak perempuan nanti. Bahaya

Faranisyah Hakim –
Cerita jenayah s3xual sapu bawah karpet sebab kerana sayang, lebih takut masa depan s3xual predat0r yang musnah etc bukan cerita baru kat Malaysia ni.

Tambah lagi kononnya jaga aib, taknak bagi family malu dan t0xic positivity tak bertempat buatkan predat0r ni semua berleluasa.

Nak t̷akut apa kan. Imej baik boleh dibentuk. Yang mangsa pulak disuruh bersabar jer. I’m soooo sick dengan benda ni semua.

Ye… go on lah nak bersangka baik dan sekadar berdoa tanpa apa apa tindakan. Good luck. Hmmm

Sumber: Sinar Live

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *