Uncategorized

Dah tak tahan sangat! Tindakan Amber Heard Tepi Jalan Buat Jiran-Jiran Naik Ang1n

SUDAH tidak tahan digelar sebagai penipu, pelakon Amber Heard akhirnya membuat keputusan berpindah ke Sepanyol demi mencari ketenangan.

Memetik laporan The News, bintang filem Aquaman itu mengambil keputusan untuk berpindah kerana menyedari tidak dapat kembali ke dunia lakonan selepas terpaksa menerima kekalahan terhadap bekas suami, Johnny Depp.

Perkara itu disahkan oleh kenalan rapat pelakon berkenaan yang enggan dikenali.

Amber juga berharap dapat merancakkan kembali karier lakonan di Sepanyol sekali gus menstabilkan kewangan serta hidup bahagia bersama anak perempuannya.

Katanya, dia memilih untuk tinggal di Sepanyol kerana peminat di sana tidak menuduhnya sebagai penipu berikutan kekalahan kes saman fitnah itu

Bagaimanapun, Amber memaklumkan bahawa dia tidak berputus asa dalam mencari keadilan buat dirinya meskipun telah berpindah.

Sebelum ini, keberadaan Amber di Sepanyol menjadi teka teki pengikutnya yang tidak pasti sama ada pelakon tersebut hanya bercuti atau sudah berpindah di negera itu.

Dah tak tahan sangat! Amber Heard kantoi ber44k tepi jalan

TAK tahu malu! Itu gambaran mengenai sikap buruk pelakon Amber Heard yang kantoi membuang air besar di kawasan perumahannya di Sepanyol baru-baru ini.

Tindakan bintang filem Aquaman itu dirakam oleh salah seorang jiran yang kemudian dimuat naik oleh Youtuber Joseph Morris di saluran YouTube miliknya.

Menerusi rakaman tersebut, Amber dilihat selamba membuka seluar dan membuang air besar dipercayai dalam keadaan mabuk.

Amber Heard terakam sedang buang air besar.

Individu yang berjaya merakam perbuatan itu dilaporkan sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu yang gemar membuang air besar di kawasan perumahan mereka.

Dakwanya, ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku malah penduduk di kejiranan itu pelik apabila sering mencium bau busuk dan najis merata-rata sejak Amber berpindah ke situ.

Tidak tahan dengan keadaan itu, penduduk bertindak memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati ia adalah angkara aktres berkenaan.

Sebelum ini, bekas suami Amber iaitu Johnny Depp mendedahkan Amber pernah membuang air besar di atas katil ketika perbicaraan kes saman fitnah mereka awal tahun ini.

Bagaimanapun, Amber menyangkal dakwaan tersebut dan menuduh ia perbuatan anjing mereka.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *