Uncategorized

“Mohon sedekah Al-fatihah, Nad dah mkin drop..”- Heliza Helmi Kongsi Perbualan Beritahu Keadaan Sebenar Nad Zainal

Kuala Lumpur: Doktor belum dapat mengesan punca menyebabkan berlaku perdarahan berterusan dalam paru-paru pelakon, Nad Zainal yang kini dalam keadaan kritikal di sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini. Pelakon yang juga rakan Nad, Ungku Ismail ketika ditemui berkata, doktor juga tidak pasti sama ada ia berpunca daripada kencing tikus atau jangkitan bakteria lain memandangkan Nad tidak mempunyai gejala yang dikaitkan.

Katanya, doktor turut memaklumkan Nad kini mengalami autoimun iaitu di mana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.Menurut Ungku Ismail, setakat ini empat doktor masih lagi memantau keadaan pelakon itu selain perlu dirawat menggunakan dos steroid yang tinggi.Ditanya mengenai keadaan Nad, Ungku Ismail berkata, pendarahan masih lagi berlaku.

Perkongsian Heliza Helmi di ig

Di laman-laman media sosial hari ini, sejumlah artis tempatan bersolidariti dan mengajak seluruh peminat hiburan untuk sama-sama mendoakan pelakon Nad Zainal yang kini dilaporkan sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor.
Rakan artis yang juga sahabat karib Nad, pelakon Ungku Ismail Aziz dalam hantaran di akaun Instagramnya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Nad.
“Nad sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala,” tulisnya.

“Yang pasti pendarahan berterusan, secara ‘on and off’. Jadi, doktor sedang berhempas pulas mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru.”Bermacam-macam ubat sudah diberikan termasuk antibiotik, namun tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami,” katanya.Sementara itu, pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin ketika ditemui meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat Nad.

“Kita sama-sama doakan agar Nad kembali sembuh dan semoga Allah akan kembalikan dia kepada kita semula. Sebagai rakan saya terharu apabila ramai dalam kalangan penggiat seni yang turut hadir termasuk ahli keluarga Nad untuk memberi semangat kepadanya.”Keluarga Nad juga sudah dipanggil untuk melawatnya, manakala rakan-rakan penggiat seni setia memantau perkembangannya di hospital,” katanya.

Dalam laporan media sebelum itu, Ungku berkata, Nad yang berusia 32 tahun itu kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
Susulan itu, Nad mengambil keputusan ke hospital pada Ahad lalu dan keadaan kembali baik selepas makan ubat yang diberikan doktor.

Bagaimanapun, Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
Pelakon terkenal, Sharifah Amani juga memuat naik hantaran di akaun Instagramnya memohon peminat-peminat agar sama-sama menitipkan doa buat Nad.
“Mohon sama sama kita doakan kesembuhan untuk Nad Zainal/Farah Nadia binti Zainal Abidin. You are strong Nanad. Semoga dipermudahkan segalanya Insya-Allah,” tulis Amani mengiringi gambar Nad.

Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki tidak ketinggalan berkongsi kesedihan beliau mengenai keadaan kesihatan Nad di akaun media sosialnya.
Afdlin meminta semua pihak agar segala urusan rawatan ke atas Nad akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sementara itu, pemenang dua kali anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia, Datin Umie Aida pula akan menganjurkan majlis bacaan Yasin buat Nad.

Majlis berkenaan akan diadakan malam esok di kediamannya di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *