DUA remaja dan ibu bapa mereka telah menerima permohonan maaf daripada jurulatih bola tampar Melaka berhubung insiden menampar muka dalam satu kejohanan yang berlangsung di Kota Tinggi, Johor, pada 16 Disember lalu.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, VP Shanmugam berkata, permohonan maaf berkenaan disuarakan sejurus selepas kejohanan berkenaan berakhir.
“Dia telah menjadi jurulatih pemain tersebut sejak mereka di peringkat sekolah rendah lagi.
“Ibu bapa kepada remaja terbabit juga tidak berniat untuk meneruskan sebarang tindakan terhadap jurulatih tersebut selepas dia menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku semasa kejadian,” katanya pada Isnin.
Shanmugam berkata, isu itu hanya timbul selepas klip kejadian tular di media sosial.
Tambahnya, kedua-dua remaja berkenaan juga amat menghormati jurulatih tersebut yang disifatkan sangat berdedikasi dan telah melatih pasukan Bola Tampar Remaja B14 sejak mereka masih di peringkat rendah.
“Dia mungkin telah menampar remaja itu kerana kecewa dengan penurunan prestasi mereka walaupun ini tidak boleh diterima,” kata Sahnmugan lagi.
Shanmugam berkata, laporan mengenai kejadian itu telah dikemukakan kepada Majlis Sukan Negara sebelum ini dan satu lagi laporan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan pada Isnin.
Ujar Shanmugam, Majlis Sukan Melaka akan membuat keputusan pada Rabu ini mengenai nasib jurulatih itu, walaupun Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah membuat keputusan untuk menggantungnya daripada terlibat dalam semua aktiviti bola tampar negara sehingga siasatan selesai.
Katanya, wakil Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, penganjur kejohanan, dua remaja dan jurulatih terbabit akan dipanggil dalam satu pertemuan pada Rabu ini bagi mencari penyelesaian secara baik.
Insiden tampar pemain, jurulatih bola tampar sudah mohon maaf
Jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun (B-14) yang didakwa menampar dua pemainnya dalam satu kejohanan yang rakamannya tular di media sosial sudah pun memohon maaf pada hari kejadian insiden itu.
EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, VP Shanmugam, berkata sebenarnya isu berkenaan sudah selesai pada hari kejadian 16 Disember lalu apabila jurulatih terbabit memohon maaf kepada dua pemainnya sejurus tamat saingan separuh akhir.
“Jurulatih yang juga guru sebuah sekolah rendah itu juga sudah menemui kedua-dua ibu bapa pemain berkenaan bagi memohon maaf di atas insiden itu serta menjelaskan perkara yang sebenarnya terjadi.
“Saya anggap perkara ini sudah selesai apabila ibu bapa dan pemain menerima permohonan maaf jurulatih itu secara sukarela dan tidak membuat laporan polis.
Jurulatih Indonesia mohon maaf kepada beregu Malaysia
“Berdasarkan rekod, ia adalah kejadian pertama berlaku sejak guru itu menjadi jurulatih pemain terbabit sejak di sekolah rendah hingga menengah.
“Dia adalah seorang jurulatih, guru yang amat berdedikasi dan melatih pasukan bawah 14 tahun ini bukan sehari dua, malah sejak sekolah rendah serta menganggap pemainnya macam anak sendiri. Apapun, perbuatan menampar itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) semalam yang menggantung sementara jurulatih itu yang tular kerana menampar dua pemainnya ketika Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Kementerian Pendidikan yang membidas tindakan jurulatih terbabit.
Sementara itu, Shanmugam berkata, keputusan sama ada menggantung tugas jurulatih berkenaan akan diputuskan selepas mesyuarat pasca EXCO pada Rabu ini.
Katanya, setakat ini tiada tindakan diambil Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) terhadap jurulatih itu meskipun MAVA sudah memutuskan tindakan menggantung guru terbabit dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan.
“Kita perlu mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut daripada semua pihak walaupun laporan penuh kejadian itu sudah dihantar kepada MSN semalam dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) esok.
“Rabu ini selepas mesyuarat pasca EXCO saya akan panggil jurulatih, dua pemain terbabit, wakil MSN dan KBS, pengurusan pertandingan, Persatuan Bola Tampar Negeri Melaka (PBTNM) dan beberapa lagi pihak untuk meneliti apakah ada tindakan selanjutnya akan diambil seperti diputuskan MAVA.
“Jika semuanya diselesaikan dengan cara baik, tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap jurulatih itu,” katanya sambil mengesahkan masih belum menerima laporan daripada MAVA berhubung tindakan itu.
Terdahulu, video seorang jurulatih yang melempang dua pemainnya tular di laman media sosial, sekaligus mengundang kemarahan ramai.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 Malaysia 2022 di sebuah sekolah di Johor pada 16 Disember lalu, iaitu perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat bagi kategori perempuan.
Video tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan berjanji akan menyiasat insiden berkenaan. – THE STAR
kredit: mstar
Leave a Reply