Tindakan seorang pemuda kononnya menawarkan diri untuk berkahwin pelakon, Puteri Sarah Liyana mengundang perhatian warganet di aplikasi TikTok.
Ia susulan pelakon tersebut nekad bagi menuntut penceraian daripada suaminya, Syamsul Yusof selepas pengarah sensasi itu selamat menikahi seorang wanita bernama Ira Kazar.
Menerusi satu perkongsian video, pemuda dikenali sebagai Arif Izo itu memuat naik sekeping gambar Syamsul dengan permulaan kapsyen “Salam Sol”.
Rakaman tersebut kemudian memperlihatkan dua keping gambarnya yang penuh bergaya sebelum meletakkan foto Puteri Sarah pula pada penghujung video.
“Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulisnya baru-baru ini.
Meskipun sekadar gurauan semata-mata, orang ramai dilihat menyokong kenyataan pemuda berkenaan dengan menyifatkan dia dan Puteri Sarah seperti pasangan serasi.
Pada masa sama, segelintir individu sempat memuji ketampanan pemuda itu sekali gus dibandingkan dengan wajah Syamsul.
Aduhh ni lagi kacak!
Ramai yang menunggu Puteri Sarah
Sesuai.. moga gurauan jadi kenyataan?
Kami ‘luluskan’!
Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita menggunakan nama akaun @mexxrenn_ menyatakan hasrat bagi menjadi isteri ketiga Syamsul sehingga turut mendapat pelbagai reaksi warganet.
“Setuju tak kalau saya ‘sondol’ Syamsul daripada Ira Kazar? Kau sabar jap Ira Kazar. Saya ‘on the way’ jadi bini nombor tiga Syamsul Yusof. Baru kau tahu macam mana rasanya laki kena rampas,” katanya.
“Syamsul not my taste!”… Model cantik terkejut Puteri Sarah bagi ‘green light’ jadi isteri ketiga, ramai pula sokong
PANAS hati dengan tindakan Syamsul Yusof bernikah dengan Ira Kazar, model berasal daripada Sabah iaitu Mexxrenn dengan berani menawarkan diri ingin menjadi isteri ketiga pengarah itu.
Kata Mexxrenn, 19, content dibuat itu hanyalah sebagai sindiran sahaja dan peringatan kepada orang ramai agar berfikir dahulu sebelum merampas suami orang secara umum.
“Pertama saya tinggalkan komen di IG mStar, saya komen kalau ada rezeki nak jadi isteri ketiga Syamsul Yusof.
“Biar Ira Kazar tahu macam mana rasa bila suami kena rampas.
“Itu hanyalah sekadar sindiran kepada Ira supaya penyondol di luar sana tidak berani untuk merampas suami orang,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Puteri Sarah dilihat turut meninggalkan komen setuju di TikTok Mexxrenn mengenai content mahu menjadi isteri ketiga Syamsul itu.
“Sebenarnya video tu memang untuk content tapi Puteri Sarah kata setuju.
“Jadi dalam hal ini Puteri Sarah tidaklah ambil serius cuma dia setuju dengan saya punya content sahaja,” ujarnya.
Puteri Sarah akui pernah berdepan individu NPD
Dalam pada itu Pelakon Puteri Sarah mengakui pernah berdepan dengan individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara.
Jelas Puteri Sarah atau pemilik nama penuh, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin baru didedahkan dengan informasi individu yang mempunyai personaliti atau karakter gangguan personaliti narsistik (NPD).
Nampak seperti perkara remeh dan tuan punya badan tidak hirau dengan keadaan dirinya, sebaliknya individu berada di sekelilingnya akan rasa rungsing dan mungkin menyebabkan hubungan renggang.
“Sebenarnya mereka yang mempunyai penyakit NPD sudah lama cuma mungkin kita tidak menyedarinya kerana kurang pendedahan mengenai isu mental ini.
“Mereka yang mempunyai masalah NPD ini akan merasakan diri mereka saja yang betul dan memanipulasi fakta. Bagaimana kita hendak membela diri dengan mereka yang bersifat NPD ini, kita tidak akan menang.
“Bukan itu saja, mereka akan memutar belitkan keadaan sehingga membuatkan kesalahan mereka menjadi kesalahan kita pula.
“Akhirnya kita sendiri mempersoalkan sama ada kita yang bersalah kerana bersikap dan memberikan reaksi sedemikian,” kata Puteri Sarah.
Bagi pemilik personaliti itu ia boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental yang serius sekiranya terus terbawa-bawa dan tidak ditangani sebaiknya.
Tambah Puteri Sarah, mereka suka menyalahkan orang lain, sukar menerima pandangan orang kerana berpandangan bahawa idea yang diutarakan adalah sempurna, namun ia hanya berdasarkan idealistik bukannya realistik.
“Apabila personaliti ini tidak dikawal dan hingga memudaratkan rakan sekeliling, organisasi di tempat kerja, ia boleh berubah menjadi serius hingga membahayakan diri dan orang lain.
“Bagi orang dengan personaliti narsistik ini, mereka menganggap dirinya sahaja yang betul dan orang lain semua salah.
“Tingkah laku ditonjolkan sentiasa mudah untuk menyalahkan orang lain sebab dia ada spesifikasinya yang tersendiri,” katanya.
Sumber: TikTok @arifizo & @mexxrenn_, omm mstar
Leave a Reply