PETALING JAYA: Zain Sulaiman, abang kepada penyanyi popular, Muhammad Yasin Sulaiman tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi keadaan adiknya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pada Khamis.
Mengakui sedih dengan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menolak representasi dikemukakan Yasin, Zain berkata, walau apa keputusannya, mereka akan terus berada bersama penyanyi dan komposer itu.
Namun, tegas Zain, apa yang membimbangkannya ialah keadaan kesihatan adiknya sehinggakan berat badannya semakin menyusut.
“Rasa sedih itu memang ada tapi itu lumrah hidup. Kita akan terus berada bersama Yasin, terus berdoa. Insya-Allah.
“Cuma saya amat risau dengan kesihatan dia. Saya peluk dia pagi tadi, tinggal tulang…” katanya menerusi video dimuat naik Sumber TV pada Khamis.
Beliau yang kelihatan sebak tidak dapat meneruskan kata-katanya dan kemudian meminta peguam Ariff Azami Hussein menyambungnya.
“Lawatan terakhir kami di penjara, Yasin memang seperti biasa, bersemangat, reda dengan ujian.
“Tapi kekhuatiran kita, keadaan kesihatan beliau yang nampak sedikit merunsingkan terutamanya susut berat badan yang agak ketara.
“Contoh bila kita peluk dia, salam dia, kita boleh terasa tulang,” kata Ariff Azami.
Apabila kita siasat, makan, makanan dia cukup, mungkin melibatkan isu tekanan, isu kesan sampingan daripada ubat-ubat beliau. Itu kerunsingan kita. Sebab itu kita sangat-sangat berikhtiar dan berusaha agar satu keputusan yang cepat dapat diberikan kepada Yasin. Sebab semakin hari kita jumpa, setiap kali kita jumpa semakin susut
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pada Rabu.
Semasa prosiding, Mohd Asnawi memaklumkan berkata, surat rasmi berhubung perkara itu belum sempat dikeluarkan dan tarikh perbicaraan diteruskan seperti ditetapkan.
Sementara itu, Ariff Azami berkata, pihaknya akan mengemukakan representasi kedua selewat-lewatnya dua minggu lagi.
Walaupun beliau tetap orang yang sama, orang yang bersemangat itu, yang sentiasa positif itu tetapi keadaan fizikal badan beliau itu agak merunsingkan. Pihak keluarga lagilah bertambah runsing.
“So kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Yasin, beliau kekal sihat, kekal bersemangat dan diberikan peluang kedua dalam hidup insya Allah.” – jelas Peguam Ariff Azami Hussein
kredit:astro awani
Leave a Reply