Macam susah nak percaya sahaja pelakon Datuk Aaron Aziz sanggup panggil wanita lain di Instagram dengan panggilan ‘sayang’.
Mana tidaknya, perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan yang boleh dilihat warga net yang lain.
Bagaimanapun, itulah realiti yang berlaku seperti yang didedahkan isterinya, Datin Diyana Halik menerusi satu posting di Instagram.
Begitupun, jangan salah faham. Hal ini kerana panggilan ‘sayang’ itu ditulis Aaron menerusi ruangan komen di Instagram aktres Bollywood terkenal, Preity Zinta.
Dalam satu hantaran Preity yang mengenakan baju tanpa lengan, Aaron menulis: “Hi sayang, masak apa hari ini? Abang balik lewat sikit okay. Jangan rindu abang sangat okay.”
Komen yang ditinggalkan bapa kepada tiga orang anak itu kemudian disedari netizen sebelum memaklumkan hal tersebut kepada Diyana.
“Tadi kita panggil dia, bukan main sibuk, nanti jap dia cakap tengah selesaikan kerja.
“Tak boleh larilah Malik, cuti sudah habis bro. Orang tag sama gua. Lu jangan macam-macam Malik!,” tulis Diyana menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Malik merupakan nama watak yang dipegang Aaron menerusi filem KL Gangster.
Begitupun, menurut Diyana, dia mengakui suaminya itu memang peminat tegar aktres berkenaan.
“Memang dari dulu dia fanatik Preity. Tak apalah kasi peluang,” balasnya yang turut menggunakan hashtag #sisnaklockpintu secara berseloroh.
“Hi Sayang masak apa harini?”
“Hi Sayang masak apa harini? Abang balik lewat sikit k. Jangan rindu abang sangat ok” tulis Aaron Aziz .
Yang menariknya, sambil berseloroh Diyana memaklumkan yang dia telah ditag oleh seseorang mengenai komen tersebut .
“Tak boleh lari la Malik”
“Tadi kita panggil dia, kemain sibuk nanti jap dia cakap tengah settle stuffs.
“Tak boleh lari la Malik…. cuti sudah habis bro… org tag sama gua. Lu jgn mcm mcm Malik!!” jelas Diyana menerusi ruangan kapsyen
Posting tersebut nyata menarik perhatian netizen yang terhibur dengan gurauan mereka berdua. Malah Diyana turut memaklumkan yang Aaron memang meminati pelakoon Bollywood tersebt.
Enggan mengalah dia juga berkongsi beberapa tanda pagar memberitahu yang dia meminatis selebriti terkenal Korea iaitu Lee Min Ho dan Rain .
Bagaimanapun, rata-rata pengikut mereka terhibur dengan gelagat pasangan suami Isteri tersebut.
Abisler malik kena tapau
Aaron dan Diyana yang sudah mendirikan rumah tangga selama 17 tahun dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.
kredit: astro gempak, yt kokoci tv
Leave a Reply