“Kalau Boleh Memang Tak Nak Perceraian”-Tindakan Puteri Sarah Pagi Ini Tarik Perhatian Ramai

Nekad untuk memfailkan perceraian hari ini, pelakon Puteri Sarah berkata tiada kata-kata yang mampu melembutkan hatinya untuk menarik balik keputusan dibuatnya itu.

Memetik BH Online, dia sudah lama memikirkan perkara tersebut sekaligus membuatkan dirinya nekad. Ujarnya, sudah tentu dia tidak mahukan perceraian namun akhirnya dia yang akan tanggung derita.

Ditanya adakah dia akan mempertimbangkan keputusan tersebut jika suaminya datang memujuk, Sarah persoal semula,”Ada ke Syamsul nak datang pujuk?” soalnya.

“Memang Sarah sudah nekad. Benda ini bukan berlaku minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas, tetapi sudah lama. Sarah pun sudah lama memikirkannya. Kalau boleh memanglah tak nak perceraian berlaku, tetapi, penghujungnya Sarah tanggung derita.

 

“Katalah kalau tak jadi cerai, apa yang berlaku kemudian, Sarah juga tanggung sendiri. Perbincangan dengan keluarga sudah dibuat dan kami sudah mempertimbangkan segala baik dan buruk. Apa yang penting, anak-anak dan hubungan Sarah dengan keluarga mentua baik,” katanya.

"

Menurut Puteri Sarah lagi, meskipun keluarganya tidak bersuara mengenai isu membabitkan dirinya namun mereka menyebelahi dirinya serta sentiasa memberikan sokongan.

“Keluarga Sarah termasuk ibu bapa dan adik-beradik menyokong. Cuma, kerjaya membuatkan mereka tidak dapat menyuarakan secara terbuka. Dan mereka memilih menyokong Sarah secara senyap kerana tidak mahu dikenali,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun berdepan pengalaman memendam rasa selama empat tahun, namun ia menghakis kepercayaannya terhadap lelaki.

“Sarah bersikap ‘neutral’ sahaja dan tak boleh nak menghakimi semua lelaki dengan mengatakan mereka adalah sama. Ada lelaki baik, cuma yang baik itu belum jumpa lagi, insya-Allah,” katanya.

Ustaz Ahmad Dusuki Nasihat Puteri Sarah Tak Ikut Emosi Sampai Minta Cerai

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat erhatian ramai termasuk pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pendakwah itu berpendapat Puteri Sarah perlu menyelesaikan masalah rumah tangga secara rasional dan tidak mengikut emosi.

Menurutnya lagi, penceraian bukanlah jalan terbaik serta memberi nasihat agar tidak mengikut perasaan serta kemahuan syaitan yang mahu melihat keluarga hancur berantakan.

“Rahmat Allah itu luas, jalan damai itu pun terbuka luas selagi nyawa tidak sampai di halkum, usah mengalah dalam membina kekeluargaan.

“Binalah kekeluargaan mukmin dan kelapangan bukan dengan kesempitan, usah biarkan syaitan menganggu perasaan. Usah diikuti perasaan dan kemahuan syaitan yang inginkan kekeluargaan mukmin hancur berantakan,” tulisnya.

Perkongsian pendakwah itu turut mendapat reaksi daripada Puteri Sarah sendiri yang meninggalkan komen meminta Ustaz Ahmad Dusuki bertemu dengan suaminya serta memberikan nasihat.

Puteri Sarah turut meminta pendakwah itu bertemu untuk menasihati suaminya memandangkan pengarah itu enggan mendengar kata ibu bapanya.

kredit: bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*