Tekad Failkan Permohonan Cer4i, Ini 10 Fakta Menarik Pelakon Puteri Sarah Liyana Yang Ramai Tak Tahu!

Hari ini perkahwinan pelakon Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof hampir menemui titik noktah apabila Puteri Sarah akhirnya hadir sendiri memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah di sini.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

“Tambahan pula, saya bersama anak-anak tidak lagi tinggal bersama suami, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin. Hal ini berikutan akibat tekanan dan gangguan yang berpunca daripada pihak ketiga sehingga telah lama tidak pulang ke rumah.

“Saya percaya oleh kerana tiadanya persefahaman antara kedua-dua pihak maka saya percaya jika diteruskan (perkahwinan) mungkin akan mendatangkan lebih kemudaratan kepada kedua-dua pihak, khususnya diri saya, emosi saya serta anak-anak” katanya menurut dokumen itu.

"

Semasa memfailkan cerai tersebut, Puteri Sarah turut ditemani dua adik beradiknya.

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah ketika ditemui berkata, mahkamah menetapkan 7 Mac ini bagi sebutan kes yang mana permohonan cerai itu akan didengar Mahkamah Rendah Syariah.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.

Siapa Puteri Sarah Liyana? Pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin merupakan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof yang juga suami kepada Instafamaous Ira Kazar.

Beliau terkenal dengan peranan lakonan dalam drama TV seperti Evolusi KL Drift: The Series, Melastik Ke Hatimu, Sabarlah Duhai Hati, Suri Hati dan Aku Seorang Perempuan.

Puteri Sarah kini menjadi sebutan berkaitan isu poligami membabitkan kewujudan orang ketiga dalam rumah tangganya yang menjadi bahan bualan hangat netizen.

Pada 6 Januari 2023, suaminya mengejutkan peminat apabila mengaku melalui video Instagram bahawa dia telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa wanita itu, Kazar Saisi. Dia turut memaklumkan bahawa Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.

Pergolakan perkahwinan Syamsul dan Sarah mula dikesan sejak empat tahun lalu, namun anak kepada Datuk Yusof Haslam itu sebelum ini menutup mulut daripada bercakap mengenainya.

Namun, selepas Syamsul membuat pengakuan, konflik rumah tangganya termasuk kehadiran Ira Kazar sebagai isteri keduanya hangat diperkatakan sehingga tular di alam maya.

Berikut 10 fakta mengenai pelakon Puteri Sarah Liyana yang ramai tidak tahu.

10 Fakta Pelakon Puteri Sarah Liyana Yang Ramai Tak Tahu!

1. Puteri Sarah dilahirkan sebagai anak kepada pasangan Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin (bapa) dan Paridah Puteh (ibu).


2. Dia mempunyai ketinggian tubuh 165 sentimeter (cm) iaitu bersamaan 5 kaki 5 inci.

3. Dia menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur di Masai, Johor.

4. Jumlah pengikut di laman media sosial, Instagram (IG) peribadinya kini telah mencecah 1.8 juta.

5. Dia bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan membuat penampilan peranan menerusi drama antaranya Evolusi KL Drift: The Series, Melastik Ke Hatimu, Sabarlah Duhai Hati, Suri Hati dan Aku Seorang Perempuan, termasuk telefilem seperti Ayat Dari Langit, Tanggang Langgang dan Syurga Nur Muhammad, juga filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Usin UFO dan Radhi Rudy Bin Dadu.

6. Berkahwin pada 8 Mac 2014 dengan pengarah Syamsul Yusof dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

7. Difahamkan, Puteri Sarah kini menetap di rumah ibu mentuanya sejak setahun lalu selain berulang alik di rumah ibu bapanya.

8. Pada Julai 2022, Puteri Sarah berjaya mendapatkan kereta mewah idaman, iaitu jenis Mercedes-Benz A-Class, hasil kerja kerasnya yang kembali berlakon dan menjalankan beberapa perniagaan.

9. Beliau menyatakan hasrat untuk melihat anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk menjadi doktor apabila dewasa kelak.

10. Kemunculan seterusnya di layar kaca ialah menerusi drama Andai Itu Takdirnya, siri 2023 arahan Jamal Khan yang ditunjangi oleh pelakon Shukri Yahaya dan Hannah Delisha.

kredit: https://iluminasi.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*