Puteri Sarah Tekad Failkan Permohonan Cer4i, Ini Kata2 Padu Ibu Syamsul Yusof Kepada Ira Kazar

Puteri Sarah Liyana, 38, mempertahankan tindakan ibu mentua, Datin Patimah Ismail yang meluahkan kritikan ‘panas’ terhadap konflik rumah tangganya dengan Syamsul Yusof, biarpun dikecam netizen.

Puteri Sarah berkata, sebagai menantu, dia amat memahami gelora dalam hati ibu mentuanya itu.

Ibu Syamsul harap cucunya diberi bapa lebih baik, tak restu kahwin Ira Kazar | Suara Merdeka

“Sarah faham perasaan emak mentua Sarah sekarang. Memang dia tak puas hati dan sangat sedih dengan apa yang berlaku.

“Orang di luar sana dan netizen tidak tahu kenapa ibu mentua luah rasa tidak puas hatinya itu.

"

“Ada sebab mengapa dia buat begitu. Hanya Sarah, keluarga sebelah sana dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang tahu,” katanya kepada pemberita sejurus selesai memfailkan perceraian terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Puteri Sarah berkata, jika difikirkan, tiada siapa yang tiba-tiba melenting, marah atau meroyan tanpa sebab.

“Mesti ada sebab kenapa ibu mentua jadi begitu,” katanya.

INI KOMEN IBU SYAMSUL YUSOF SELEPAS PUTERI SARAH FAILKAN CERAI

Menantu mohon cerai, Patimah enggan komen

Datin Patimah Ismail enggan mengulas permohonan cerai difailkan menantu, Puteri Sarah Liyana terhadap anaknya, Syamsul Yusof di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, pagi tadi.

Patimah yang selama ini dilihat antara individu yang banyak menyokong tindakan Puteri Sarah dalam menangani kemelut rumah tangga, enggan lagi mengeluarkan kenyataan kerana mendakwa sering diputar belit.

“Minta maaf, saya tidak boleh bercakap lagi kerana kata-kata saya diputar belit wartawan… Minta maaf ya,” pintanya sebelum menamatkan panggilan BH Online.

Patimah yang juga isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam menjadi perhatian dalam kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah apabila kerap memberikan reaksi balas termasuk komen dalam media sosial.

Semalam, Patimah dilihat berkongsi klip video memaparkan ulama terkemuka Ustaz Ismail Menk mengulas mengenai rumah tangga dan kekeluargaan.

Dalam video itu, Ismail meminta suami agar berbuat baik kepada isteri dan keluarga.

Patimah sebelum ini dilaporkan memuat naik hantaran Instagram (IG) Story berkongsi perasaan geram terhadap Ira Kazar yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.

“Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini,” katanya.

‘Kita Akan Minta Mahkamah Untuk Jatuhkan Hukum4n Penj4ra & Denda’ – Peguam Puteri Sarah Liyana

Peguam kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan permohonan cerai telah difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagi kerjasama

Ketika ditemui OhBulan!, Akberdin bersyukur kerana segala urusan permohonan tuntutan cerai yang dilakukan pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap suaminya yang merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof berjalan dengan lancar.

Akberdin juga berharap agar Syamsul dapat memberikan kerjasama selain menghadirkan diri pada tarikh sebutan kes permohonan cerai pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Pihak kami sudah failkan permohonan cerai. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac depan.

Kami juga akan serahkan saman (tuntutan cerai) kepada Syamsul dan dia perlu hadir pada tarikh terbabit. Itu adalah tindakan pertama kami.

Kami berharap Syamsul akan mematuhi prosedur. Kalau dia datang pada hari terbabit (7 Mac) mungkin cerai akan dilafazkan.

Namun jika dia tidak bersetuju, kita akan teruskan dengan proses selanjutnya. Saya harap Syamsul akan hadir pada 7 Mac ini untuk memudahkan proses.

Ira Kazar & keluarga langgar injuksi

Dalam pada itu, Akberdin menyatakan akan mengambil tindakan lanjut di Mahkamah Sivil, susulan tindakan isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga Ira yang didakwa melanggar perintah injuksi seperti yang telah difailkan tahun lalu.

Tindakan berikutnya pula, kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa dan kakaknya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil sebelum ini.

Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang telah dilakukan.

Perlanggaran perintah kali ini memang agak dahsyat. Mereka sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul tapi kali ini agak berlebihan apabila mereka pula berkahwin di luar negara tanpa dapat izin mahkamah di sini.

Pada 28 Jun tahu lalu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan (Ira Kazar)

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

Perintah terbabit juga bagi memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Sebelum ini, melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*